~.....Rahsia Seorang MUSLIMAH....~
Bismillahirrahmannirrahim...
"KAU umpama Bunga yang harumnya semerbak, cantiknya menyerlah, yang terjaga di kota larangan-TERSEGAM INDAH- yang menjadi rebutan sang kumbang yang bebas di udara.
Namun keindahanmu punya syarat dan batas yang harus digarisi dan dipatuhi. Keindahanmu harus dipelihara se'cantik'nya agar tak mudah tersingkap dek kelalaian...
Rahsia Seorang Muslimah di landasan dunia.. sering di duga dan terus diduga dek keindahan dunia yang sementara. Apa yang dimaksudkan dengan 'dirimu sering diduga dan terus diduga'?
Apakah rambutmu yang ikal mayang atau lenganmu yang putih mengebu yang sering menjadi santapan mata-mata liar di batasan jalan?
Allahuakhbar! itulah auratmu sayang!
"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka menghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(Surah An-Nur: 31)
Jelaslah tentang AURAT itu amat penting untuk dipelihara ibarat menatang minyak yang penuh.. runtuh pemeliharaannya, runtuhlah keindahan Rahsia yang tersegam indah....
Namun banyak yang sering bertanggapan Aurat itu dan Aurat ini... Mari kita tengok tenggapan-tanggapan nakal yang sering di fikirkan.
......KESILAPAN KERAP TENTANG AURAT....
Kesilapan pertaman: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesilapan kedua : Bertudung tetapi ber'T-shirt' berlengan pendek.
Kesilapan ketiga : Bertudung tetapi baju kebarung terbelah kain.
Kesilapan Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan 'rahsia-rahsia'.
Kesilapan kelima : Bertudung tetapi longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesilapan keenam : bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. bukan di sekita rumah, pasaraya dan sebagainya.
Kesilapan ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher, maka terdedahlah dada.
Kesilapan ke lapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis hingga dapat dilihat sanggul, leher dan dada.
Kesilapan ke sembilan : Tidak menjaga suara malahan 'memanjakan' suara ketika bercakap dengan ajnabi (lelaki asing). bukankah suara itu aurat?
...~Begitulah KEINDAHAN ASRAR seorang MUSLIMAH yang harus di teliti walau sehalus benang sekalipun..kerana keindahannya mampu meruntuh semangat MUJAHID yang sedia di medannya, keindahannya juga mampu menggongcang dunia, namun tidaklah keindahan itu diumpama racun, tapi tatkala tidak dipelihara hilanglah kemanisannya..nauzubillah..~..

Sekian sahaja buat ketika ini...ilalliqa'....Haza Min fadhli Rabbi..
Moga memberi manfaat pada semua...rantaikan ilmu usah ikat ilmu itu, andai kita ikat ilmu pasti ia kan bertemu hayat 'karat', tapi andai kita rantaikan ilmu itu , insyAllah iakan terus mengalir ke hati-hati yang cintakan ilmu..wallahualam...
No comments:
Post a Comment