Saturday 28 May 2011

12. REHLAH bak kata kawan ana...

~ Perjalanan yang Merindui KENANGAN LAMA...~

Assalammualaikum w.b.t.... 

Hari yang mendung kadang kala mengaitkan jiwa dan hati ini dalam suasana yang tidak enak..Allah...ku serahkan segalanya kepada-Mu...


Pertama dan selamanya Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana memberi peluang k pd ana untuk menjengah lagi laman blog ini...dan berkongsi pengalaman..insyAllah..hmm sepanjang perjalanan, pelbagai ragam manusia yang dilihat ... keindahan ciptaannya...subhanAllah...cantik sgt..



hmm.. hari ini perjalanan ke Kuala Lumpur, untuk persediaan ke Minggu Penulis Remaja di Melaka, insyAllah...lama sudah tidak menziarah KL...alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk pi sana...^_^ syukran ya Rabb...setibanya di sana... MasyaAllah...cantik semuanya berbeza dari 2 thn yang lalu sewaktu ana ke kl kerana terpilih umtuk mengikuti Pertandingan Kuiz Perdana Peringkat kebangsaaan...pudu raya, LRT..semua nya perbeza...bertambah cantik dan indah..



Semasa dalam perjalan untuk ke Surau di perhentian Pudu Raya, ada dua org tua yang mungkin buta, ana tak pasti kerana mahu cepat berjalan pantas menuju surau(kejar solat maghrib), mereka sedang mencari rezeki..subhanAllah...sepasang suami isteri ini yang buta mencari rezeki dgn menyanyi...sayu hati...moga mereka sentiasa dlam lindungan-Nya....


hmm sedikit sebanyak, 'sakit' ini terasa terubat..tapi kembali saat sendiri..subhanAllah...bantu hamba-Mu ini...dan bantu kami...selangkah mahu 'dia' matikan...Allahuakhbar...cerita ttg ana dan sahabat ana ni mengait rasa sakit ana dan dia..tapi ini keputusan dia..menanti...tapi andai perpisahan ini yang dia mahukan...mohon Allah bantu kami....amin....ana rasa payah..tapi...fahami diri ini wahai sahabatku syg....subhanAllah...sambungn cerita di minggu MPR akan menyusul insyAllah andai masa mengizinkan...


perkongsian hari ini, satu ayat Al quran di mana menegur kita supaya jgn pernah lupakan Allah yang menciptakan kita...yang mengurniakan semua rasa pada kita...




P/S: buat sahabat ana tu...:) andai rasa yang wujud itu benar padamu, percayalah ianya juga benar pada diri ini...wallahualam..

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”


"Hargai sebuah pertemuan andai itu yang terbaik sepanjang perjalanan mengapai redha illahi...wallahualam..."



~Sekian sahaja Buat Hari ini...~

Friday 27 May 2011

11.




Bismillahirrahmanirrahim....

Assalammualaikum w.b.t.... Pertama dan selamanya ana ingin memohon maaf...atas segala kesilapan...


Hari ini insyAllah ana akan kongsikan kesemua ASAS PANDUAN BERUSRAH... Hal ini kerana, insyaAllah pada 29 Mei 2011(Ahad) ana akan berangkat ke Melaka untuk mengikuti Kursus Minggu Penulis Remaja(MPR) 2011...Jadi ana bimbang andai tidak punya waktu untuk kongsikan asas-asas ini setiap hari..dan ana berfikiran untuk mengongsikan kesemuanya pada hari ini...kerana janji harus ana tunaikan..insyAllah..sama2 kita kongsikan sedikit ilmu utu agar bertambah- tambah yang sedikit itu....




Ketiga:
Bahan-bahan atau kandungan yang ingin disampaikan di dalam usrah, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah. Adalah wajar semua anggota usrah kita melalui marhalah ta'arif, diikuti marhalah takwin dan kemudian marhalah tanfiz.

Hal ini perlu ditegaskan sebagai satu kemestian dari sudut kandungan.

Namun dari sudut perlaksanaan, seseorang itu seharusnya melalui sesuatu peringkat demi satu peringkat sebagai satu proses yang berurutan. Tetapi adakalanya seseorang itu mungkin melalui proses di atas secara sekali gus atau dua peringkat serentak sesuai dengan keadaan-keadaan dan tuntutan persekitaran. Jika hal ini berlaku bukanlah bererti ia sesuatu yang pelik.

Keempat:
Manhaj Usrah juga mestilah mengandungi asas-asas dan Tasawwur 'Aqidah yang kemas dan menyeluruh, serta diberi penekanan dalam setiap usrah, supaya asas ini menjadi benteng utama kepada pemikiran dan jiwa anggota usrah. Kekuatan 'Aqidah merupakan kekuatan yang paling asas dan paling utama yang perlu dibina oleh Harakah Islamiyyah.

Perlu ditegaskan bahawa, persoalan'aqidah yang dimaksudkan mestilah merupakan prinsip-prinsip 'aqidah yang difahami dan disepakati oleh kalangan Imam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang berpandukan kitab-kitab yang mu'tabar.

Kelima:
Seterusnya kandungan usrah mestilah memberi penekanan kepada bahan-bahan yang dapat memandu dan menyumbang ke arah pembentukan peribadi atau syakhsiyyah Muslim yang baik, lebih-lebih lagi syakhsiyyah penda'wah atau petugas Harakah Islamiyyah.

Di antara lain sangatlah perlu ditekankan betapa pentingnya sifat ikhlas, ber'ilmu, cerdik, berani, berkorban, sabar, istiqamah, lemah-lembut, hikmah dan sifat-sifat mahmudah yang lain.

Keenam:
Seterusnya kandungan usrah juga mestilah memberi penekanan kepada anggota bahawa, memelihara ajaran Islam dari semua sudut adalah satu kewajipan fardi mahupun jama'i. Demikian juga tanggungjawab da'wah merupakan tanggungjawab yang memerlukan persiapan dan kekuatan.

Perlu dipastikan bahawa manhaj usrah menggariskan panduan dan tanggungjawab tertentu anggota usrah di medan da'wah sesuai dengan kemampuannya dan keadaan mereka.

Ketujuh:
Selain daripada beberapa unsur penting di atas, manhaj usrah juga mestilah memberi penekanan kepada keelokan 'ibadah-'ibadah khusus dan 'amalan-'amalan yang membina kerohanian anggota-anggota usrah seperti memperbanyakkan 'amalan-'amalan sunat, wirid-wirid ma'thurat, do'a, zikir, membaca al-Quran, menziarahi perkampungan akhirat (kubur) dan seumpamanya.

Mungkin juga sebahagian dari 'amalan di atas boleh diadakan sebagai sebahagian dari kegiatan di luar usrah.

Kelapan:
Seterusnya hendaklah dipastikan kandungan usrah di semua peringkat, mengandungi unsur-unsur pembentukan fikrah da'wah harakah, dan siasah secara seimbang, supaya watak dan pemikiran anggota usrah terarah kepada menjadi petugas-petugas dan pembela Islam yang berketrampilan, siap sedia dengan 'ilmu dan semangat juang yang tinggi.

Di antara lain dalam hal ini, perlu adanya penegasan Awlawiyyat dalam 'amal 'Islami. Apa yang dimaksudkan dengan Awlawiyyat ialah perlunya para petugas memahami langkah-langkah atau kerja mana yang patut didahulukan dan yang mana patut dikemudiankan. Hal ini sangatlah perlu supaya anggota harakah tidak melakukan sesuatu mengikut selera dan sesuka hati mereka. Sebaliknya berdasarkan panduan 'ilmu dan fikrah yang diberi oleh para naqib/naqibah di dalam usrah-usrah mereka.

Kesembilan:
Seterusnya kandungan usrah juga perlu menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jama'i, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala' dan keta'atan kepada jama'ah pimpinan.

Unsur ini adalah satu unsur yang perlu diberi penekanan sepanjang masa supaya menjadi kukuh dan sebati di dalam jiwa petugas-petugas jama'ah (gerakan Islam).

Kesepuluh:
Manhaj usrah juga mestilah, menyediakan bahan-bahan serta ruang, yang dapat merangsang ahli-ahli supaya berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada di kalangan anggota dengan cara-cara yang baik, hikmah dan bersesuaian.

Seandainya, sesuatu manhaj mengandungi unsur-unsur di atas, atau mengambil kira perkara-perkara yang berkaitan dengannya, maka ia telah menepati sebahagian dari kehendak dan tujuan tarbiyyah.

Namun demikian, para naqib/naqibah tetap memainkan peranan utama dalam penyampaian dan pengolahan bahan-bahan yang dimaksudkan. 





"..Andai hari esok masih punya waktu untukku kirimkan khabar ini, kupanjatkan syukur kehadrat illahi, namun andai esok LAMARAN ILLAHI menjemput diri, kupinta agar sahabat2 panjatkan segulung fatihah buat diri ini....selamat berjuang wahai sahabat2, moga berjalanan ini sentiasa dalam redha illahi.."


~~~~Sekian Sahaja Buat Kali ini....insyaAllah anadai umur panjang, ada waktu, bertemu lagi dengan perkongsian yang baru..biiznillah..wallahualam...ilalliqa'~~~
.....SALAM SAYANG BUAT SAHABAT-SAHABAT.....


10.


Assalammualaikum sahabat-sahabat...seperti yang di janjikan ana akan kongsikan asas panduan berUSRAH yang kedua... tapi sebelum itu ingin ana kongsikan serba sedikit tentang pengalaman ana sepanjang hari ini pada 27 Mei 2011..aga letih meniti hari ini..

Pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk menjemput adik tercinta pulang ke rumah...hmm sepanjang perjalanana ana dapat melihat keindahan Allah yang sangat menarik...hinggakan terlena tanpa disedari..subhanAllah...keletihan menanggung ujian-Nya..sakit yang datang secara tiba-tiba menduga tahap kesabaran yang tinggi...tekak juga sakit Allahuakhabr...moga dipermudahkan segalanya...amin..

hmm baiklah..jom kita kaji Asas Panduan USRAH yang kedua seperti yang ana janjikan..moga2 ilmu ini beri manfaat pada diri ana dan semua pembaca..wallahualam....salam perkongsian...dan moga tarbiyah islamiah terus mengufuk di jiwa2 kita dgn istiqomah..amin..

Kedua:
Kandungan usrah juga, antara lain perlu memberi tasawwur atau gambaran yang benar dan menyeluruh bahawa Islam adalah satu sistem hidup (Nizamul Hayat) atau ad-Deen yang sempurna. Perlu ditegaskan sesungguhnya, bahawa Islam adalah petunjuk (Huda) yang paling benar untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia.

Firman ALLAH TA'ALA mafhumnya:
"Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itu, sebenar-benar petunjuk (untuk manusia)."
(Surah al-Baqarah : 120)




"...titipkan rasa kasih dalam halaqoh ilmu agar kerinduan itu terubat dengan KASIH dan SAYANG dari-Nya......penuhi masa itu agar segala kesakitan itu terubat di jalan-Nya....wallahualam..."



*sambungannya akan menyusul kemudian...


asif jiddan andai ada sebarang kesilapan...mohon tegur dan perbetulkan andai ada kesilapan...


........sekian , syukran ala kullihal..ilalliqa'...wallahualam.......



Thursday 26 May 2011

9. ~..10 Perkara yang Perlu di perhatikan ketika BERUSRAH...~

9


Assalammualaikum w.b.t... hmm subhanAllah pada hari ini langit mendung sahaja..moga semuanya dalam keadaan sihat-sihat sahaja dalam lindungan-Nya dan ummiku selamat sampai ke destinasi...amin... :)  

Tajuk hari ini adalah Jom Usrah... kenapa ana bawakan tajuk ini..kerana pada zaman 'moden' ini ramai di kalangan kita yang hampir melupakan aktiviti ni...ana bukanlah pelajar dari sekolah agama mahupun aliran agama, cuma terpanggil untuk berkongsi dan membongkar apa itu USRAH yang sekarang ini semakin dilupai...( ana juga masih belajar untuk berkecimpung dalam USRAH, insyAllah )

                                                                  Jadi apa itu USRAH?

USRAH dari segi bahasa adalah keluarga

Dari segi istilah ialah satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.

Bilangan anggota : Terhad ( 4-5 orang)


Tempat : Di rumah anggota secara bergilir-gilir atau di Masjid atau du Musallah atau di tempat-tempat yang difikir sesuai.


Dipetik daripada buku : BEBERAPA PANDUAN ASAS USRAH DAN HARAKAH
Oleh : YA'QUB MUHAMMAD HUSSIN

Proses Usrah di ketuai oleh Naqib(lelaki) atau Naqibah(perempuan).
Selain dari naqib/naqibah sebagai satu tunggak yang penting dalam menjayakan usrah, kandumagn usrah atau Manhaj Usrah juga memaninkan peranan yang besar. Ia bukan sahaja meyumbang kepada proses menambahkan ilmu pengetahuan tetapi membina fikrah dakwah, harakah dan organisasi.

Oleh itu, selain menyediakan skema ilmu ia juga haruslah berperanan dalam membentuk watak dan pemikiran Muslim, Mu'min, Muttaqin dan Multazim.
semua ini haruslah dibentuk agar kehendak-kehendak dan cita-cita gerakan Islam ditepati.

Terdapat 10 perkara yang perlu diberi perhatian ketika menjalankan aktiviti USRAH ini. tetapi hari ini ana ingin kongsikan satu per satu agar rantaian ilmu itu dapat dihadami dan terus mengalir ke dalam hati setiap hari dan setiap hari juga kita peroleh sesiatu yang bermakna..insyAllah...





PERTAMA :
Pada dasarnya mestilah ditegaskan bahawa Islam dan ajarannya adalah bersumber dari Kitab Suci al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w, sebagaimana yang difahami dan diambil dari para 'ulama' yang mu'tabar, yang thiqah, 'adil dan dipercayai di sepanjang sejarah ummah. Dalam usaha memahami sudut-sudut penghayatannya yang menyeluruh,maka panduan daripada Sirah Nabawiyyah dan para sahabat serta perjalanan Salafussoleh mestilah dijadikan rujukan.


Dalam segala keadaan, kandungan yang dibawa oleh para naqib/naqibah mestilah menjurus kepada penghayatan ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang meliputi seluruh bidang kehidupan.

Sehubungan dengan itu, bergerak dalam usrah haruslah berpandukan Al quran dan Sirah Nabawiyyah agar hidup terpandu dan punya arah..wallahualam...


P/S: MOGA PERKONGSIAN HARI INI AKAN MENAMBAH KERINDUAN PADA JALAN-JALAN DAKWAH SEKALIGUS MENGERAKKAN DAKWAH BERSAMA...

"...Rantaikan rasa cinta itu pada arah dan tujuan yang benar agar nikmatnya akan terasa pada setiap nafas yang terhela...dalam rahmat-Nya sentiasa,,,wallahualam..."

asiff jiddan ala kullihal ( Mohon maaf atas segalanya ) andai tersilap kata..mohin sahabat-sahabat tegur andau ada kesilapan..

*sambungannya akan menyusul..insyALLAH...

~..............sekian sahaja buat hari ini...........~ 
  








Monday 23 May 2011

8. ~ALLAH Sentiasa Bersama...~



~ Allah Sentiasa Bersama KITA..~

Bersama dalam perlayaran ini
meneguh sebuah ukhuwah yang termeterai
dalam edisi perkenalan
ada buah cinta mencuit naluri.

Aku terpikat! 
aku terpesona! 
pada bait-bait indah yang terukir
Qaalam itu membisik rindu pada dasar jiwa
rindu pada-Mu
rindu pada Rasul-Mu..

terkadang jiwa diterkam
rasa bersalah
saat cinta ketiga menyusuri kali jiwa
namun 
'aku' dan 'dia' terhantuk seketika
dalam mentafsir sebuah cerita.

istikharah cintaku 
terus memanggilku dalam memohon satu rasa
memohon restu-Mu 
jauh dari pelbagai dusta dunia 
penuh tipu nista.

kupanjatkan sejuta harapan pada-Mu 
agar jauhi kami dari segala noda
dalam alunan tasbihku
di hening malam yang sunyi
menadah air mata yang mengalir deras
tika malam-Mu menjemputku..




"..Mencari sebuah ketenangan dalam kelambu iman, yang tercipta saat terlenturnya keindahan, memtafsir nota-nota cinta yang terlukis sejak berzaman, buat pedoman ummah, Perindu -Mu mengadu, rasa ini selamanya...bangkitkan keindahan Islam...! Allahuakhbar!!!"





rantaikan segala ilmu, variasikan segala cara dakwah agar tarbiyah islam terus mengalir dalm setiap urat darah yang mengalir..wallahualam....
Salam Perkongsian buat Pembaca2...


Ya Allah pelihara kami dari segala kekalurtan dunia yang penuh noda.....

Sunday 8 May 2011

7. ~ SALAM PERKENALAN MENGETUK PINTU ~

Assalammualaikum kepada sahaba-sahabat .. alhamdulillah hari ini di beri kesempatan sekali lagi untuk mencoretkan sesuatu yang indah sebagai perkongsian..  hari ini penulis blog nak kongsikan PUISI yang gdi tulisnya sendiri  yang tersiar di Majalah Tunas Cipta keluaran Mei 2011..alhmdulillah..
salam perkongsian...




SAJAK
TAJUK: SALAM PERPISAHAN MENGETUK PINTU

Sang camar,
Terbang bebas mencari nyaman,
Tenang berjabat senja,
Menjengah dunia liar.

Dengar!
Kota itu melontar rintihan,
Sungai tua turut kaku terkedu,
Mergastua di hutan berhenti bergeseran,
Debu di awangan berkumpul tumpul,
Mengapa?
Suara rintihan itu menjerkah,
Menyusul langkah,
Aku terpanah.

Di hujung benua perindu,
Suara itu mengalun lagu,
Memacu tumpu,
Ada desir menyampai tahu,
Rintihan itu punya tuju,
Tepat sukmaku.

Ah!
Lelahku meledak,
Atmaku mendesak,
Memecah empangan mata,
Ketika,
Salam perpisahan mengetuk pintu,
Aku rancu,
Irama yang bersatu,
Ukhuwah yang menjunjung restu,
Mati dijerat waktu,
Kota itu milikku,
Rintihan itu suaraku,
Aku mengaku…!

SITI ATIQAH
SERI MANJUNG, PERAK.


Tersiar di Majalah Tunas Cipta Keluaran Mei 2011...







"...ledakan suara itu milikku yang pernah aku patrikan, saat pertemuan menjengah kita, namun Kau Pergi Jua teman, meninggalkan aku sendiri..dalam bayang cerminan itu ada mimpi yang menghantar aku ke laut nidera, menagis rindu yang tegar!..."

khas buat SAHABAT-SAHABAT Biro Kerohanian(AJK SURAU)-Lujnah Publisiti dan Multimedia..Begitu juga Lujnaj-lujnah yang lain..asif ana tak ada simpanan gambar lujnah-lujnah lain..:)


Friday 6 May 2011

6. # Buatmu yang Bergelar Rijjal #

>>>....Rahsia Seorang Lelaki....<<<

Assalammualaikum sahabat-sahabat semua... Hari ni saya nak kongsikan sesuatu,, tentang apa ya?? hmm semalam ana kongsikan tentang Rahsia Seorang Muslimah, jadi untuk melengkapkan yang 'sendiri' itu, ana kongsikan pula pada hari ini Rahsia seorang Lelaki.,,barulah cantik...lengkap melengkapi.,insyaAllah...:)

Orang cakap lelaki hemsem, tampan, kacak...Tapi sejauh mana hensem, tampan, dan kacaknya seorang lelaki itu? adakah dengan berpakaian sexy? atau manchonya diambil kira dengan jari ditangan penuh dengan batang rokok? TIDAK! Sama sekali tidak,...





Mari sama-sama kita selongkar RAHSIA KECANTIKAN SEORANG LELAKI yang harus ada pada diri SEORANG MUSLIMIN........

::::::::::KECANTIKAN LELAKI:::::::::::

Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal tetapi pada murni rohani, Lelaki yang cantik adalah,..

1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak putus asa





Kecantikan lelaki berdiri di atas KEMULIAAN HATI.
Seluruh kecantikan yang ada pada MUHAMMAD SAW adalah kecantikan yang sempurna SEORANG LELAKI...



"....oleh itu Jagalah aurat dan wanita-wanita sekelilingmu,, jagalah pandangan mata antum...Hiasi peribadi muslimin dengan ketabahan dan kecekalan yang mendalam serta 'make up' kan dengan ketulusan cinta Allah bagi membimbing PELENGKAP MU suatu hari nanti...."

Sekian sahaja buat hari ni...ilalliqa' salam perkongsian bertemu lagi di lain waktu...

5. @ Buatmu yang Bergelar NISA'..@

~.....Rahsia Seorang MUSLIMAH....~



Bismillahirrahmannirrahim...

"KAU umpama Bunga yang harumnya semerbak, cantiknya menyerlah, yang terjaga di kota larangan-TERSEGAM INDAH- yang menjadi rebutan sang kumbang yang bebas di udara.

Namun keindahanmu punya syarat dan batas yang harus digarisi dan dipatuhi. Keindahanmu harus dipelihara se'cantik'nya agar tak mudah tersingkap dek kelalaian...

Rahsia Seorang Muslimah di landasan dunia.. sering di duga dan terus diduga dek keindahan dunia yang sementara. Apa yang dimaksudkan dengan 'dirimu sering diduga dan terus diduga'? 

Apakah rambutmu yang ikal mayang atau lenganmu yang putih mengebu yang sering menjadi santapan mata-mata liar di batasan jalan?

Allahuakhbar! itulah auratmu sayang!

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka menghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 
(Surah An-Nur: 31)

Jelaslah tentang AURAT itu amat penting untuk dipelihara ibarat menatang minyak yang penuh.. runtuh pemeliharaannya, runtuhlah keindahan Rahsia yang tersegam indah....

Namun banyak yang sering bertanggapan Aurat itu dan Aurat ini... Mari kita tengok tenggapan-tanggapan nakal yang sering di fikirkan.





......KESILAPAN KERAP TENTANG AURAT....

Kesilapan pertaman: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesilapan kedua     : Bertudung tetapi ber'T-shirt' berlengan pendek.
Kesilapan ketiga     : Bertudung tetapi baju kebarung terbelah kain.
Kesilapan Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan 'rahsia-rahsia'.
Kesilapan kelima     : Bertudung tetapi longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesilapan keenam   : bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. bukan di sekita rumah, pasaraya                                                            dan sebagainya.
Kesilapan ketujuh   : Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher, maka terdedahlah dada.
Kesilapan ke lapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis hingga dapat dilihat sanggul, leher dan dada.
Kesilapan ke sembilan : Tidak menjaga suara malahan 'memanjakan' suara ketika bercakap dengan ajnabi (lelaki asing). bukankah suara itu aurat?




...~Begitulah KEINDAHAN ASRAR seorang MUSLIMAH yang harus di teliti walau sehalus benang sekalipun..kerana keindahannya mampu meruntuh semangat MUJAHID yang sedia di medannya, keindahannya juga mampu menggongcang dunia, namun tidaklah keindahan itu diumpama racun, tapi tatkala tidak dipelihara hilanglah kemanisannya..nauzubillah..~..

Sekian sahaja buat ketika ini...ilalliqa'....Haza Min fadhli Rabbi..

Moga memberi manfaat pada semua...rantaikan ilmu usah ikat ilmu itu, andai kita ikat ilmu pasti ia kan bertemu hayat 'karat', tapi andai kita rantaikan ilmu itu , insyAllah iakan terus mengalir ke hati-hati yang cintakan ilmu..wallahualam...


Thursday 5 May 2011

4.~..Fadhilat Surah AL-KAHFI..~

Assalammualaikum sabahat-sahabat hari ini...Alhmdulillah pada pagi Jumaat yang indah lagi mulia ni ana berkesempatan untuk berkongsikan serba sedikit tentang FADHILAT-FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI pada hari Jumaat..

Pasti kita sering tertanya-tanya, tentang apalah sangat nak baca Surah Al-Kahfi ni pHari Jumaat? pasti pernah terlintas di fikiran sahabat-sahabat tentang itu semuakan... Manusia memang begitu, termasuk diri ini juga...Jadi apa kata kita bongkar bersama-sama apa ASRAR di sebalik Membaca Surah Al-Kahfi di pagi Jumaat yang indah ini... Andai tersilap mohon sahabat-sahabat tegur..dan andai ada kekuranga mohon di tambahkan moga rantaian ilmu itu tidak terputus...!




.....:::Fadhilat-fadhilat Surah Al-Kahfi::::.......

1. Ahmad berkata: "Saya mendengar Al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata:" Seorang lelaki telah membaca surah Al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatanhg(kuda), maka diberitahunya kepada Nabi(SAW)."

Baginda bersabda""Adakah Sifulan membaca Al-Quran? Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-qura dibaca atau keterangan turun untuk Al-quran."

(Hadith soheh.Riwayat oleh Shukbah)



2. Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda' daripada Nabi(SAW), baginda telah bersabda:"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-kahfi. Maka terhindar daripada Al-Dajjal." 
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)


3. Daripada Al-Tirmizi, sesiapa menghafaz 3 ayat daripada permulaan surah Al Kahfi,
Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi (SAW) bersabda:"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Ak-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al Dajjal..
(HR.Muslim dan Al-Nisa'i)

4. Daripada Muza Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:" Sesiapa membaca awal surah Al Kahfi, maka baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah beginya cahaya antara langit dan bumi."
(HR.Ahmad)


5.Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR.Ibnu Katsir.)


6. Daripada Abi Said Al Khudri berkata:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiq."
(HR.Ibnu Katsir.)


DI PETIK DARI BUKU AMALAN SURAH-SURAH PILIHAN TULISAN HAJI JOHARI HAJI ALIAS..


Moga Perkongsian pada hari ini dapat merungkai segala kekeliruan tentang apa yang menjadi kemusykilan pada minda kita yang telah bertapak sekian lama. berbaharu ilmu kita setiap hari selagi punya kesempatan untuk menghisap manisnya madu ilmu sebagai bekalan DI SANA..WALLAHUALAM...

~SEKIAN~

"..Permata ilmu itu akan terus berkilau jika pemiliknya tahu bagaimana caranya membeli POLISH untuk memastikan permata dalam 'jiwanya' akan terus berkilau bagi menyuluh JALAN PULANG.."

SALAM PERKONGSIAN DARI SITI ATIQAH BINTI MOHD SAID

3. Jom Tangkap Rama-rama...^_^




::::::::::::::::JOM TANGKAP RAMA-RAMA SAYANG!!::::::::::::::::

Aku termanggu di atas sebuah batu di tepi sungai. melihat sekeling dengan rasa penuh kesyukuran. Allah jadikan semua ni pasti ada hikmahnya yang penuh rahsia yang harus ditafsir oleh hati-hati yang sentiasa memikirkan keindahan ini...

tapi aku masih di sini menanti sesuatu, bagaikan buah tidak gugur! aku tercampak pada satu rasa yang kurang enak untuk dihadam. jauh sekali untuk di serap menjalar ke lautan nurani yang benar-benar ketandusan kini. Ujian apakah kali ini??

  "Terdengarlah kisah......seorang anak muda, yang termanggu sendiri memikir di tepi kali, hajat bercambah kian dimuntah, namun jiwa kosong mencari inti...." kedengaran sayup suara dari balik rimbunan seberang sungai.

'Siapakah pemilik suara itu?' monolog di hati

"izinkan saya bertnya siapakah gerangan di balik sana??"

"hai anak muda! akukah yang engkau cari?" tanya pendeta berbaju putih, berjambangh putih-lebat.

"Tuan kah pemilik suara tadi?" tunduk tanda hormat pada pendeta itu.

hanya tersenyum lalu bergerak menghampiri anak muda yang masih menundukkan kepalanya. lekas digenggam bahu anak muda itu lalu disuruhnya duduk bersebelahannya.

"wajahmu kusut wahai anak muda..apa yang kau fikirkan?" membuka bicara

"aku memcari sesuatu..yang selama ini amat aku tagihkan..berbagai cara aku sudah lakukan..semuanya aku dah cuba, namun semuanya tak berjaya menemukan aku pada apa yang menjadi ketagihan padaku.." air mata mula menjamah pipi anak muda itu. pendeta itu hanya tersenyum.

"apa yang kau tagihkan wahai anak muda?" soal pendeta.

"Aku ingin bahagia!"

mengucap lembut kepala anak muda itu, lalu pendeta itu menarik nafas panjang. 
"Kau ingin bahagia?"
"ya. aku igin merasa sisa bahagia..tenang dalam dakapan cinta-Nya" jawap anak muda itu.

"mari!" dipimpin anak miuda itu duduk di tepi sungai yang mengalir permai.

"Kau ingin mencari kebahagiaan. bukan?" pertanyaan itu hanya dibalas dengan anggukan lemah.

"di sana kau akan temui kebahagian itu, insyAllah...! pergilah..tangkapkan aku seekor rama-rama yang menjdi idaman kau..bawa kepadaku" pinta pendeta itu.

mulanya anak muda itu enggan, namun setelah dia berfikir sejenak, dia membuat keputusan, untuk menamatkan rasa hatinya itu andai tidak berjaya apa yang dipinta pendeta itu.

lekas dia berlari ke taman yang dikatakan oleh pendeta itu. dia terkejar-kejar. sekali dia menghampiri rama-rama itu, belum sempat dia menangkapnya, rama-rama itu terus terbang.

"rama-rama!mpasti kali ini akan kudapatkan kau!" gerammnya memuncak..sekian lama dia berkejar mendapatkan rama-rama itu, namun masih tidak juga berjaya.

habis semua dia harung, semak, samun, ranting kayu semua dipijak, disepak..

"anak muda! sudah la tu.. berehat lah dulu.. kau kepenatan." arah pendeta itu sambil bergerak berlahan- menghampiri anak muda itu. terdapat beberapa ekor rama-rama yang berterbangan manja di sisi pendeta itu.

"inikah caramu mendapatkan kebahagiaan yang menjadi ketagihanmu selama ini?" tanya pendeta itu mematikan langkah pemuda tersebut.

"habis semuanya kau rempuh, rosak segala ciptaanNya kau tak peduli...bukan itu caranya wahai anak muda..."

"pap!"ndalam genggaman pendeta itu ada seekor rama-rama yang indah berkepang biru,

"lihat! mudah kan? gunakan kekerasan tak ada untungnya..bijaklah dalam membuat strategi wahai anak muda,...lihat, setelah rama-reama ini dalam genggaman ku, indahnya ciptaan-Nya dapat membahagiakan aku..."kata pendeta itu. pemuda itu hanya sepi tanpa bicara.

~tamat~

begitulah sebuah kisah dan teladan hari ni yang ingin saya sampaikan pada pembaca-pembaca yang sempat menyinggah kelaman blog saya.. bukan ingin menyindir mahupun mencuit sesiapa, tetapi sebagai pesanan buat diri yang lemah ini juga buat sahabat-sahabat juga..

jangan kerana sikap tidak sabar kita, apa yang kita impikan selama ini tak ketemui hinggalah kesudah. tapi atur strategi, bina jati diri. gunakan kebijaksanaan yang dikuniakan untuk mencapai segala hajat di hati...jangan gunakan kekerasan dan paksaan dalam memastikan keinginan dikecapi..

wallahualam...sekian saja untuk hari ini....

ingin saya kongsikan hadis ini:
Rasulullah SAW bersabda:"Keutamaan seorang muslim alim(berilmu) di atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seseorang yang paling rendah diantara kamu. sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubagnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang yang lain.." (HR Imam Tirmidzi)


"...ingtlah kebahagiaan itu harus kita gali dengan penuh berhati-hati dan bijak agar kebahagian itu mampu kita laksanakan di hati dengan penuh nikmat yang lama bukan sebentar....."

~..asif jiddan andai ada kesilapan..mohon tegur....~







 



Wednesday 4 May 2011

2. ~..KHAS BUATMU UMMIKU..~

Setiap hari wajahmu kutatap penuh tenang. jalur urat disegenap jarimu kuusap lembut, keringat yang mengalir di hujung dahimu kukesat sayu, namun sentiasa dirimu melontar senyuman indah buat penghibur dikala kesedihan...nasihatmu sentiasa membasahi kekerinagn akal dan hati, yang masih kontang dengan pengalaman hidup.

ummi...kau sentiasa menjadi pendahulu dikala aku kesedihan ,,

ummi kau sentiasa menjadi penghibur dikalaku kesayuan...

ummi kau sentiasa menjadi temanku dikala aku sendirian...

ummi kau sentiasa menyokongku dikala aku kejatuhan...

KAU SEGALANYA...selepas pemilik cintaku ALLAH DAN RASUL...

Terima lah hadiah buatmu ...

SEKUNTUM CINTA BUATMU....

Di kota larangan itu,
tertanam satu hiasan bunga,
yang kau semai sejak dahulu saat cintamu bersemi,

bulan menjadi saksi,
haruman cinta segar
tumbuh mengiringi salju-salju bahagia..

segenggam tabah kau bajai bunga itu,
sepenuh gagah kau pelihara keharuman bunga itu
agar indahnya tidak hilang mati di telan gagak hitam.

mulia dirimu wahai bonda
biar perit terpaksa kau rempuh,
kau tetap utuh mempertahankan keindahan itu
agar 'asrarnya' tersegam indah
buat yang berhak!

"...Buatmu bonda,terima kasih atas segalanya...halalkan segala yang telah kau kirimkan ke tubuhku untukku terus membesar dalam tarbiyah ISLAM...pintaku, moga doamu terus merantai seluruh hidupku, agar seluruh bahagia menjadi miliku, dirimu dan mereka....."

ya Allah peliharalah ummiku dan semua ibu di muka bumi ini dan rahmatilah mereka..agar MAKAM IBU MITHALI menjadi milik mereka juga diriku suatu ketika nanti....."


khas buat UMMIKU TERCINTA.....
wallahualammm....

1. ASRAR ITU INDAH


Pertama dan selamanya..bersyukur kehadrat illahi kerana memberi saya kesempatan berkongsikan sesuatu tentang ASRAR ITU INDAH..

moga cerita ini akan memberi panduan kepada semua yang membaca blog saya...

"Aku dah berkenan sangat kat gadis tu la amir."kata ammar bersungguh-sungguh.
"ko dah bagtau dia?? kau ni dah angau la..." pertanyaan amir sepi tanpa sebarang balasan.
"aku tanya ni. ko dah bagitau ke gadis idaman ko tu tentang hasrat ko..mak ayah ko dah tahu?" kali ini badan ammar digoncang sedikit oleh amir yang geram dengan sahabatnya yang asyik angau dengan gadis idamannya..

"eh kau ni jangan la tolak-tolak. aku dengar la.. aku dah bagitau dah gadis tu..cuma orang tua aku belum tahu lagi...aku takut la..ko tahu kan aku bukannya biasa bab-bab macam ni." ammar cuba membela diri.

"elah tak biasa...yela memangla ko tak biasa tentang ni..kalau ko biasa pelik je la kan." sindir amir

"ko sedar tak yang ko ni dalam perhitungan?
"aku cakap dengan ko ni!!" suaranya ditinggikan sedikit bagi mendapat perhatian ammar yang asyik dengan perasaannya.

"maksud ko?"tnya ammar

"ko tahukan dia macam mana. jangan usik hati dia Mar..dia tu baik..kalau ko betul-betul nakkan dia, pergi jumpa orang tua dia..orang tua kau tu bagitahu juga...faham" terang amir

"tahu tak ko dah menduakan cinta ko?kalau ko terus macam ni?" persoalan itu dijolokkan kepada telinga ammar. ammar tersentak!

"ehh ! bila masa pula aku duakan cinta aku ni...aku setia ok...ko jangan main-main dengan aku Mirr..." ammar mula tersentak

"ko pernah tak dengar satu penyataan ni...KEKASIH AGUNG MENCEMBURUI KITA" 
ko faham apa yang di maksudkan pernyataan tu??

ammar hanya menggelengkan kepala tanda tidak mengerti.

"hmm..macam ni...apa yang ko rasa kalau seharian ko tak mesej 'dia'? tanya amir

"aku rasa tak tenteram Mir.,rasa rinduuu...!" ada senyuman di hujung katanya.

"oo... itulah yang ko tahu..rindu..rindu..rinduu...ishhh..sah budak ni angau!" sambil menarik nafas panjang, amir menyambung semula apa yang terputus.

"tapi kan bila ko tak buat sesuatu ni , ko rasa apa ye?? rindu tak??" 

"buat apa?ko ni merepek la...!" ada sedikit berang di hujung persoalannya

"hmm apa rutin harian ko yang wajib ko buat?kalau ko tak laksanakan ko rindu tak??"tanya amir bertubi walaupun dia mula patah semangat untuk meneruskan perbualan dengan sikap ammar.

"maksud ko??" ammar kebingungan

"ish ko ni...SOLAT LA....kewajipan yang harus dilakukan..itu pun tak leh jawap ke?" geram amir cuba dikawal

"ohh,..hmmmm" ammar tunduk. malu. dia bagai ditampar badai yang memeritkan landai pipinya.

"ko pernah tak rasa rindu pada-Nya? ko tahu, DIA amat mencemburui hamba-Nya yang lalai dengan cinta yang haram.. macam ko la ni...! faham..." amir mula bercanda tak mahu suasana tegang menggigit rasa.

"ammaar sedar lah..aku bukan nak hasut ko supaya jangan bercinta...memang itu semua fitrah manusia yang normal. tapi kita sebagai manusia ni haruslah mengawal semua rasa tu...jangan terlalu ikutkan hati..kita ada agama..kita ada panduan...kenapa kita tak mahu ikut panduan yang dilandaskan dalam islam.." air mata ammar mula membasahi pipinya perlahan-lahan.. amir empati dengan keadaan sahabatnya itu. dia tahu sahabatnya itu tidaklah cetek tentang agama, malah lagi hebat.. tapi Allah memilih dia untuk menerima ujian ini..

"Mir. terima kasih kerana ingatkan aku semua ni sebelum aku lagi terus terhanyut dengan fantasi aku yang gila ni,,,Allah lebih berhak menerima rindu aku kan Mir...sedang dia aku belum pasti sama ada benar pelengkap cinta aku atau bukan...."

'Ya Allah, aku telah mengundang murka-Mu ..,,,ampuni aku ya Allah...."


kisah ni tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia...hanya sekadar ilham yang ingin diperkongsikan pada sahabat-sahabat semua..moga meberi manfaat...

pesanan buat kaum ADAM...

"..andai hatimu telah tercuit dengan cantiknya diriku, usahlah kau dekatiku, andai tercuitnya hatimu kerana indahnya tutur kataku yang kau kira lembut, jauhkan dirimu denganku, andai tercuitnya hatimu kerana hartaku, jangan sekali-kali kau memasang niat untuk menghampiriku, kerana andai kecantikkanku pudar, pasti kau akan pergi meninggalkan ku, andai tutur kataku mengguris hatimu, pasti kau menjauhiku, pergi mencari yang lain, dan andai hartaku habis, pasti kau berhijrah meninggalkan ku sendiri,. sedang diri ini tidak sanggup untuk ditinggalkan saat cinta kerana-Nya mula bersemi di sanubari...ku mohon agar cintaiku sekadarnya, datangiku kerana AGAMA DAN ILMU yang ada padaku...."

wallahualam....sekian sahaja..ilalliqa'...