Saturday 30 March 2013

53. ...Cantik Di hati Kerana Illahi...


30 Mac 2013, Sabtu, 5.53 petang.

Bismillahirrahmanirrahim.... pertama dan selamanya syukur kehadrat illahi kerana masih memberi kesempatan untuk saya menulis di ruangan ini. walaupun sudah sekian lama tidak mengendalikan Blog KEINDAHAN ASRAR INI...

hari ini saya nak membawa sahabat2 semua untuk teroka satu bidang baru iaitu menjahit atau dikenali kaedah saintifiknya adalah HERBARIUM. MasyaAllah nampak macam pokok herba pulak kan?

jawapannya tidak.. bukan herba tapi proses menjahit pokok. best dan seronok. selalunya orang menjahit baju, kain dan sebagainya, tapi kami pelajar2 biosains menjahit baju dalam subjek Plant Physiology. jarum yang besar dan daun yang besar. pengalaman yang menarik ketika menjahit. jarang dibuat orang jahit pokok..

indah ciptaan Allah.. pokok bukan sahaja cantik bila mekar tetapi indah juga bila dikeringkan. kenapa saya kata begitu? kerana apabila kita memandang yang cantik itu dengan kecantikan sahaja, memang jelas ianya cantik dan akan layu seperti pokok bunga di atas tu..dah tak cantik kan? mesti ramai tak nak dah bunga tu.

tapi apabila kita pandang sesuatu yang tidak cantik itu dengan kecantikan, Allah tambahkan lagi rasa seronok utk melihat walaupun orang lain kata "nak buat apa bunga ni dah layu..." "tak ada guna dah, buang je..."

kenapa??

tak semestinya yang buruk dan layu itu tak ada nilai.. dan tak ada guna untuk di simpan dan di sayang.. macam pokok kat atas tu. walapun dah layu, apabila kita simpan, jahit ata mouting board, kemas2kan.. kan cantik tu.. boleh buat hiasan.. sebab tu lah saya kata, jangan padang yang buruk itu terus buruk.. nilai sebelum buang dan tafsir sebelum hilang..


~Hidup ini bukan semudah angin yang bertiup membawa debu ke satu tempat yang lain, dan hidup ini juga bukan mudah seperti awan yang bergerak berkelana ke serata dunia. tetapi hidup ini perlukan kita berfikir sebelum membuat keputusan. akal berfikir, otak menghantar impluse ke serata tubuh untuk membuat keputusan... ~

Terus Bersangka Baik dengan Allah...

~Cantik di mata tak kekal selamanya,  cantik di hati kerana ILLAHI selamanya ke syurga... ~

Jom Berfikir Luar Kotak. Matangkan Akal, Minda dan Jiwa agar kita tak menilai dengan mata kasar semata2,, ~

                                                                     #Keindahan Asrar..#

                                      ...Senyuman itu Keindahan dan keindahan itu ada pada senyuman....