Saturday, 10 March 2012

42. MABIT- Malam Bina Iman dan Taqwa..


Bismillahirrahmanirrahim... pertama dan selamanya sykur kehadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan untuk ana mencoretkan sesuatu di ruangan Blog tersayang Keindahan Asrar, alhmdulillah sudah hampir dua tahun usia blog ini.. jika bayi yang berusia 2 tahun, pastinya sudah pandai bercakap, merangkak dan sebagainya yang selayaknya buat seusia 2 tahun.

Alhamdulillah.. jadi hari ini tajuk ana adalah MABIT.. apa itu Mabit? Menyabitkah? Rabbit kah? Pasti pelbagai persepsi yang akan tercungkil dari benak2 kita tentang apa itu MABIT bagi mereka2 yang kurang biasa dan tak pernha dengar apa itu MABIT.. sama lah macam ana.. 

M.A.B.I.T... Malam Bina Iman dan Taqwa.. itulah nama yang diberi dan cuba di imarahkan di setiap penjuru universiti dan tempat2 yang sewaktu dengannya kini.. indah rupanya Mabit itu.. yang memberi pesan dan peringatan pada diri, iman dan taqwa kita yang kadang2 ter 'LENA' DEK 'TIDUR'  yang lama.. apa maksud tidur lama? 

TIDUR yang ana maksudkan adalah, diri yang kurang terlibat dan kurang menghadiri kuliah2 agama atau kelas2 ceramah.. kadang2 bukan kehendak kita untuk tidak menghadirinya, tapi kesibukan menguruskan kisah dunia ini menjadikan batasan kita terhad. tapi hati sentiasa merindukan suasana TARBIYAH ISLAMIAH.. bukan apa, bimbang hati jadi hitam saat mana kita terlalu lama tidak menghadiri atau mendengar serta pesan pada diri.. jadi sebab itulah ana kira Mabit ini mula diimarahkan.. 

apa yang ada pada MABIT? 
1. DISKUSI(slot perkongsian)
2. Qiamulail
3. Riadah
Tak rugi kita memberi ruang dan sedikit waktu untuk meghadirkan diri ke majlis2 ilmu.. sesungguhnya ilmu itu bagaikan mutiara, yang bercahaya, namun harus digilap setiap waktu, kerana jika tidak, malaplah permata itu.. nak gilap dengan apa ye permata tu? jawapannya:

Gilaplah dengan ilmu yang ada dengan istiqomah.. sedikit2 lama2 jadi bukit...

Moga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat...

Hidupkan malam2 harimu dengan TAHAJJUD ..

Teringat kata2 seorang insan yang disayangi kerana Allah, "Waktu seorang wanita yang didengar doanya oleh Allah adalah sepertiga malam, bangun menunaikan TAHAJJUD..-qiamulail..- aib bagi wanita tidur lewat jika tanpa urusan.."

~Buat Renungan bersama...wallahualam.. andai ada kesilapan, mohon ditegur dengan HIKMAH...~

~Keindahan Asrar.. Milik-Nya...~

No comments:

Post a Comment