Tuesday, 2 August 2011

19. Yang Jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita rapat-rapatkan..







Tajuk hari ini saya bawakan "Yang Jauh kita dekat-dekatkan, Yang Dekat kita rapat-rapatkan" dan saya lekatkan sekali gambar di atas bukanlah satu hiasan. tapi pasti ramai yang tertanya-tnya apa kaitannya dgn gambar di atas dan tajuk saya tu. selalunya tajuk tu sesuai dgn saudara yang duduk jauh ke, atau pasangan yang ingin di satukan, betul tak? hmm apa kata kita selongkar, jom!




Tajuk di gambr: Solat Itu Tiang Agama..Sudah semestinya Solat itu adalah tiang agama.. andai bengkok solat kita, bengkok lah agama kita, andai tidak sempurna solat kita, bagaimana dengan agama kita. kan? 


Jadi kaitan nya di sini sebenarnya adalah dimana solat yang dikerjakan secara jemaah selalunya di pandang remeh.. benar, ramai antara kita yang selalu ke surau, masjid dan sebagainya untuk menunaikan solat jemaah, kerana pahala menunaikan solat jemaah adalah 27 kali ganda berbanding mengerjakan solat sendirian kan.. (Kalau saya salah tolong betulkan) 


Bila sebut tentang jemaah, dah tergambar di fikiran, jemaah yang ramai, ada imam, dan makmum2 di belakang. tak kira lelaki mahupun wanita. tapi, cuba kita lihat dari segi SAFFnya pula..bagaimana ye?




1. Saff seperti ini;




2. atau Saff yang seperti ini;



Sudah terang lagikan bersuluh. pastinya saff di gambar yang pertama itu tepat lagi benar. rapat dan dekat, tiada ruang-ruang pun yang terlihat dan tiada ruang utk 'MR Tan' tu nak mencelahkan? tapi yang menjadi sedih dan sayunya, bila saff ada ruang. bila kita ajak 'dekat-dekatkan yang jauh. rapat-rapatkan yang dekat' ada suara yang tak puas hati. kenapa? 

Alasan 1: "Ehh kenapa makin berganjak pulak ni, ce cerita sikit"
Alasan 2: "Alaa, kipas kat mana ye, nak duduk bawah kipas, panas nnt,"
Alasan 3: "Bersih tak sejadah ni, nnt selesema pulak, nak pakai sejadah sendiri."

Pelbagai alasan yang cuba di hujahkan. Tapi kalau ke konsert malam2, bersesak-sesak, 'saff ' itu selalunya rapat sangat. sehinggakan lelaki dan perempuan berganding bahu, tiada lagi ruang yang dapat dilihat. bagai mana pulak tu? sanggup berpanas berjam-jam tanpa sezarah udara pun, tambahan pulak sanggup bergelap utk pastikan tak terlepas nak tangkap gambar artis kegemaran.. tak apakah perbuatan itu? tak kisah? saya tinggalkan soalan itu pada kalian. 

Macam ada nada marah pula..minta maaf ye.. bukan nak marah cuma terpanggil dengan semua ini. kadang-kadang kita terlepas pandang semua perkara ini, sedangkan solat itulah peribadi kita. bak kata sahabat ana

"kalau seseorang itu berbuat baik, menderma, bantu anak yatim tapi tak SOLAT, tetap jahat juga, kenapa? sebabnya dia berani melanggar perintah Allah. solat itu kewajipan kan?"


Hmm jadi kesimpulan nya di ini. solat jemaah itu baik dan bagus, tapi janganlah kita menjadikannya tak baik pula dengan sengaja mencipta pelbagai alasan untuk meneguhkan alasan sendiri dimana biarkan saff tu RENGGANG dan kosong begitu sahaja. ingat Mr Tan tu sentiasa mencari ruang dan peluang..





Sabda Rasulullah.s.a.w. ;






Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )


"..Jagalah saff ketika solat kerana solat itu mencerminkan peribadi kita, DEKAT-DEKATKAN YANG JAUH, RAPAT-RAPATKAN YANG DEKAT.. "

p/s: Kenyataan atau perkongsian di atas tidaklah bertujuan untuk menyindir mahupun mengaibkan sesiapa, tetapi bertujuan untuk berpesan-pesan dan mengingati antara satu dengan yang lain, kalau kita tak ingatkan sama sendiri siapa lagi kan? dan perkingsian ini juga untuk mengingatkan diri saya juga. andai ada kesilapan mohon sahabat2 tegur..


selepas ini andai ada nampak saff yang kosong bantu-bantulah untuk rapat2 kan saff ye..insyAllah, Allah bantu..
asiff jiddan..andai ada kesilapan..
sekian sahaja perkongsian pada hari ini..

ilalliqa'..

4 comments:

  1. cpt enti bertindak ...bagus..keep it up..ma'at taufiq

    ReplyDelete
  2. syukran tyra...insyAllah ana cuma sampaikan apa yang terlintas difikiran..masih byk kekurangan..jom sama2 kita bergabung dan sebarkan yang tahu...^_^

    ReplyDelete
  3. ~syukran atas perkongsian ilmu..InsyaAllah nanti kita paksa2 sikit..kdg2 ada juga jemaah yg xnak rapat2 ngan kita..kalau warga emas mudah ikut, kalau student puas jugalah nk beritahu kt diorg nie..

    ReplyDelete
  4. afwan..:) insyAllah..oo tempat enti mcm tu ye..tempat ana warga emas susah pulak yang nak di rapatkan saff.. terbalik pula situasi kita kan..hehe..hm apa2 pun kita dah cuba yang terbaik..moga Allah permudahkan..dan lembutkan hati mereka utuk faham..wallahulam..

    ReplyDelete