Thursday, 26 January 2012

35. Salahuddin Al-Ayubi






Salahuddin al-Ayubi seorang Panglima Tentera Islam yang amat di kagumi. Ketokohannya dalam memimpin tentera Islam dengan teratur dan bijaksana menjadi garis panduan yang harus kita contohi. Strategi yang dirancang dan dilakar amat berkesan dalam setiap peperangan yang dipimpin. Sudah terang lagikan bersuluh, dalam sejarah islam Beliau berjaya menewaskan Tentera Salib yang dipimpin oleh Birnis dan Raja Reymond. Walaupun suatu ketika dahulu Tentera Salib ini sangat digeruni oleh negara-negara islam kecil yang lain. Namun, setelah kebangkitan Panglima Salahuddin al-Ayubi beserta sahabat beliau Bahauddin dan kekandanya, Panglima Syamsudin di Mesir, nama Islam kembali mekar di mata dunia.

Tentera Salib mula merasa gerun dengan kebangkitan tersebut. Namun, kerana wujudnya hasad dengki dalam kalangan pentadbir, Mesir sering menjadi ancaman Tentera Salib. kerana Harta, oangkat dan Darjat manjadikan manusia terkadang buta dengan hukum islam dan apa yang dilandaskan oleh Allah SWT.


Hingga suatu ketika Tentera Salib merangcang untuk menakluki BAITUL MAQDIS.

"Baitul Maqdis pernah ditawan oleh Tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khattab. Kemudian disebabkan perpecahan sesama umat Islam, Baitul Maqdis berjaya ditawan oleh Tentera Salib. Firasat saya mengatakan Baitul Maqdis akan ditawan semula oleh tentera Islam tidak lama lagi," Kata Bahaudin

Doa Salahuddin al-Ayubi:

"Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis dan jangan matikan kami sehingga kami dapat bersembahyang di Masjid Aqsa."


-Rujukan NOVEL SEJARAH ISLAM: Salahuddin Ayubi (PENAKLUK JERUSSALAM), tulisan Abdul Latip Talib-


P/s: 
*Anak-anak muda generasi kini bukalah mata, bahawasanya kita generasi kini semakin tenggelam dalam kemewahan dunia dan bersuka-suka, walaupun tidak semua. jadi bangkitlah kembalikan dan tegakkan semula syiar ISLAM yang dahulunya pernah di takluki oleh ISLAM..


* Wahai Mujahid wa Mujahidah, tegakkan tekad kita bersama memimpin ummah kearah  kecemerlangan Islam dunia dan akhirat.


* Moga ZURIAT-ZURIATku suatu hari kelak mampu aku dan suami didik menjadi insan yang sentiasa punya semangat jihad yang tinggi dalam menegakkan SYIAR ISLAM Berserta ayahanda mereka iaitu Suami tercinta.. wallahualam...
 


~Pesanan buat diri dan sahabat2 juga...moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.~

No comments:

Post a Comment