Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

53. ...Cantik Di hati Kerana Illahi...


30 Mac 2013, Sabtu, 5.53 petang.

Bismillahirrahmanirrahim.... pertama dan selamanya syukur kehadrat illahi kerana masih memberi kesempatan untuk saya menulis di ruangan ini. walaupun sudah sekian lama tidak mengendalikan Blog KEINDAHAN ASRAR INI...

hari ini saya nak membawa sahabat2 semua untuk teroka satu bidang baru iaitu menjahit atau dikenali kaedah saintifiknya adalah HERBARIUM. MasyaAllah nampak macam pokok herba pulak kan?

jawapannya tidak.. bukan herba tapi proses menjahit pokok. best dan seronok. selalunya orang menjahit baju, kain dan sebagainya, tapi kami pelajar2 biosains menjahit baju dalam subjek Plant Physiology. jarum yang besar dan daun yang besar. pengalaman yang menarik ketika menjahit. jarang dibuat orang jahit pokok..

indah ciptaan Allah.. pokok bukan sahaja cantik bila mekar tetapi indah juga bila dikeringkan. kenapa saya kata begitu? kerana apabila kita memandang yang cantik itu dengan kecantikan sahaja, memang jelas ianya cantik dan akan layu seperti pokok bunga di atas tu..dah tak cantik kan? mesti ramai tak nak dah bunga tu.

tapi apabila kita pandang sesuatu yang tidak cantik itu dengan kecantikan, Allah tambahkan lagi rasa seronok utk melihat walaupun orang lain kata "nak buat apa bunga ni dah layu..." "tak ada guna dah, buang je..."

kenapa??

tak semestinya yang buruk dan layu itu tak ada nilai.. dan tak ada guna untuk di simpan dan di sayang.. macam pokok kat atas tu. walapun dah layu, apabila kita simpan, jahit ata mouting board, kemas2kan.. kan cantik tu.. boleh buat hiasan.. sebab tu lah saya kata, jangan padang yang buruk itu terus buruk.. nilai sebelum buang dan tafsir sebelum hilang..


~Hidup ini bukan semudah angin yang bertiup membawa debu ke satu tempat yang lain, dan hidup ini juga bukan mudah seperti awan yang bergerak berkelana ke serata dunia. tetapi hidup ini perlukan kita berfikir sebelum membuat keputusan. akal berfikir, otak menghantar impluse ke serata tubuh untuk membuat keputusan... ~

Terus Bersangka Baik dengan Allah...

~Cantik di mata tak kekal selamanya,  cantik di hati kerana ILLAHI selamanya ke syurga... ~

Jom Berfikir Luar Kotak. Matangkan Akal, Minda dan Jiwa agar kita tak menilai dengan mata kasar semata2,, ~

                                                                     #Keindahan Asrar..#

                                      ...Senyuman itu Keindahan dan keindahan itu ada pada senyuman....

Friday, 1 June 2012

46. Si comel Ummi dan Abi....~ Roll model...~

oh comelnya!

Masyaallah.. bayi itu adalah anugerah Allah buat insan2 yang bergelar suami isteri.. terkadang, anugerah dan amanah ini ALLAH beri sebagai ujian untuk kita sedar apakah erti sebenar tanggungjawap. namun, ada kalangan2 ibu danbapa yang "bengkok" itu langsung tidak sedar bahawa anak itu anugerah dan amanah yangterbesar.. tapi diabaikan segitu sahaja..

"ROLE MODEL"
wahh! jadi role model rupanya kita ni pada anak2 kita.. masyAllah.. bukan mudah nak dpt gelaran role model .... seronok rupanya jadi ummi dan abi mithali pada anak2 soleh dan solehah. masyAllah..

"ummi saya nak peluk ummi"

subhanAllah cair hati bila terdengar bisikan itu dari seorang anak kecil yang berusia lebih kurang 2 tahun lebih.. petah walaupun ada sedikit pelat pada hujung katanya...^_^  untung jadi ummi dan abi . bila stress boleh pandang wajah anak2, peluk mereka, belai mereka, maka wujud ksih sayang yang sentiasa mengalir,...

"ya Allah kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah, yang akan menjadi aset kepada kami di akhirat sana nnt.. meskipun berat memikul amanah itu, namun kami yakin Kau telah aturkan yang terbaik buat kami.. "

p/s: buat ummi dan abi dan bakal ummi dan abi.. jom sama2 kita usaha menjadi ummi dan abi yang terbaik buat anak2 kita.. moga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat..

*admin belum bergelar ummi , tapi setiap wanita psti keinginan seperti ini.. wallahulam..:)

Thursday, 26 January 2012

35. Salahuddin Al-Ayubi






Salahuddin al-Ayubi seorang Panglima Tentera Islam yang amat di kagumi. Ketokohannya dalam memimpin tentera Islam dengan teratur dan bijaksana menjadi garis panduan yang harus kita contohi. Strategi yang dirancang dan dilakar amat berkesan dalam setiap peperangan yang dipimpin. Sudah terang lagikan bersuluh, dalam sejarah islam Beliau berjaya menewaskan Tentera Salib yang dipimpin oleh Birnis dan Raja Reymond. Walaupun suatu ketika dahulu Tentera Salib ini sangat digeruni oleh negara-negara islam kecil yang lain. Namun, setelah kebangkitan Panglima Salahuddin al-Ayubi beserta sahabat beliau Bahauddin dan kekandanya, Panglima Syamsudin di Mesir, nama Islam kembali mekar di mata dunia.

Tentera Salib mula merasa gerun dengan kebangkitan tersebut. Namun, kerana wujudnya hasad dengki dalam kalangan pentadbir, Mesir sering menjadi ancaman Tentera Salib. kerana Harta, oangkat dan Darjat manjadikan manusia terkadang buta dengan hukum islam dan apa yang dilandaskan oleh Allah SWT.


Hingga suatu ketika Tentera Salib merangcang untuk menakluki BAITUL MAQDIS.

"Baitul Maqdis pernah ditawan oleh Tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khattab. Kemudian disebabkan perpecahan sesama umat Islam, Baitul Maqdis berjaya ditawan oleh Tentera Salib. Firasat saya mengatakan Baitul Maqdis akan ditawan semula oleh tentera Islam tidak lama lagi," Kata Bahaudin

Doa Salahuddin al-Ayubi:

"Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis dan jangan matikan kami sehingga kami dapat bersembahyang di Masjid Aqsa."


-Rujukan NOVEL SEJARAH ISLAM: Salahuddin Ayubi (PENAKLUK JERUSSALAM), tulisan Abdul Latip Talib-


P/s: 
*Anak-anak muda generasi kini bukalah mata, bahawasanya kita generasi kini semakin tenggelam dalam kemewahan dunia dan bersuka-suka, walaupun tidak semua. jadi bangkitlah kembalikan dan tegakkan semula syiar ISLAM yang dahulunya pernah di takluki oleh ISLAM..


* Wahai Mujahid wa Mujahidah, tegakkan tekad kita bersama memimpin ummah kearah  kecemerlangan Islam dunia dan akhirat.


* Moga ZURIAT-ZURIATku suatu hari kelak mampu aku dan suami didik menjadi insan yang sentiasa punya semangat jihad yang tinggi dalam menegakkan SYIAR ISLAM Berserta ayahanda mereka iaitu Suami tercinta.. wallahualam...
 


~Pesanan buat diri dan sahabat2 juga...moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.~

Tuesday, 19 July 2011

17. Usah Berasa TERASING...

Bismillahirrahmanirrahim..

"..Jika aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku bengkok, kau luruskanlah aku... Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu..."

JANGAN KAU ASINGKAN DIRIKU DARIPADA KEHIDUPANMU......

~Dipetik dari Buku Terasing, tulisan Hilal Asyraf~


Alhamdulillah hari ini diri yang penuh kelemahan terpanggil untuk mengongsikan sesuatu di ruangan blog ini..



TERASING...
Bila sebut tentang terasing, yang bermain difikiran kita adalah tersisih, terpisah dari sesuatu, tersendiri ( seorang  diri ), tidak dipeduli dan bermacam-macam lagi persepsi tentang terasing. Tapi tahukah kita TERASING  itu membawa satu maksud yang besar. namun maksud terasing yang telah di sampaikan oleh seorang penulis novel yang semakin meningkat namanya dalam menitikberatkan tulisannya dengan ilmu2 yang bermakna adalah lebih menjurus kepada seorang sahabat dan janji..

itulah konsep persahabatan di mana ukhwah yang terjalin itu kerana Allah semata2kan.. bila cubit paha kiri, paha kanan terasa,.bila sahabat di sekeliling kita tersilap jalan, kita harus bantu menjadi 'pemandu pelancong' untuknya agar dia tahu mana arah yang perlu dia lalui dengan benar,.

apa guna sahabat, andai hanya tahu melihat tapi tak mampu menegur setiap kesalahan atau kesilapan yang sehari2 kita buat. namun cara menegur haruslah tepat dan penuh hikmah. janganlah terus meluru dan menyerang dengan menghamun sekiranya kesalahan telah dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja.,.kerana fitrah kehidupan, MANUSIA itu adalah pelupa..jadi itulah hikmahnya Allah ciptakan manusia untuk saling ingat-mengingati antara satu dengan yang lain. 

ibarat CUCUK UDANG. tidak akan kenyang perut sekiranya tiada tepung, air, garam, udang, minyak dan kuali...walhal besen atau mangkuk  yang dijadian perkakas untuk dijadikan sebagai tempat mencampurkan segala bahan2 tersebut pun perlu ada. jika tiada maka pastinya rasa 'cucuk udang' itu tiada cukup manisnya.. maka keenakannya akan sedikit terganggu..

jadi begitulah konsep ingat-mengingati antara sahabat dengan seorang sahabat. usah asingkan diri dengan kehidupan andai terasa diri itu lemah, usah asingkan diri dengan alam andai terasa diri di sisih..
Bijaklah memilih sahabat dalam mencari MARDHATILLAH ..

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya..apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya..
(HR. Al-Bukhari)


INGATLAH
"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah, dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat rahmat." 
(Surah al Hujurat 49:10)

DAN 

Sabda Rasulullah SAW :
"Tidak beriman seseorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya..."
(Riwayat al-Hadis)


Akhir kata:

"Usahalah mencari sahabat-sahabat yang hatinya sentiasa terpaut pada-Nya...jika sudah bertemu, usahlah pula asingkan diri kalian dengannya tetapi bantunya andai dia tersungkur dalam mentafsir erti sebuah kehidupan..."


wallahualam....


Friday, 6 May 2011

6. # Buatmu yang Bergelar Rijjal #

>>>....Rahsia Seorang Lelaki....<<<

Assalammualaikum sahabat-sahabat semua... Hari ni saya nak kongsikan sesuatu,, tentang apa ya?? hmm semalam ana kongsikan tentang Rahsia Seorang Muslimah, jadi untuk melengkapkan yang 'sendiri' itu, ana kongsikan pula pada hari ini Rahsia seorang Lelaki.,,barulah cantik...lengkap melengkapi.,insyaAllah...:)

Orang cakap lelaki hemsem, tampan, kacak...Tapi sejauh mana hensem, tampan, dan kacaknya seorang lelaki itu? adakah dengan berpakaian sexy? atau manchonya diambil kira dengan jari ditangan penuh dengan batang rokok? TIDAK! Sama sekali tidak,...





Mari sama-sama kita selongkar RAHSIA KECANTIKAN SEORANG LELAKI yang harus ada pada diri SEORANG MUSLIMIN........

::::::::::KECANTIKAN LELAKI:::::::::::

Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal tetapi pada murni rohani, Lelaki yang cantik adalah,..

1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan berlapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak putus asa





Kecantikan lelaki berdiri di atas KEMULIAAN HATI.
Seluruh kecantikan yang ada pada MUHAMMAD SAW adalah kecantikan yang sempurna SEORANG LELAKI...



"....oleh itu Jagalah aurat dan wanita-wanita sekelilingmu,, jagalah pandangan mata antum...Hiasi peribadi muslimin dengan ketabahan dan kecekalan yang mendalam serta 'make up' kan dengan ketulusan cinta Allah bagi membimbing PELENGKAP MU suatu hari nanti...."

Sekian sahaja buat hari ni...ilalliqa' salam perkongsian bertemu lagi di lain waktu...

5. @ Buatmu yang Bergelar NISA'..@

~.....Rahsia Seorang MUSLIMAH....~



Bismillahirrahmannirrahim...

"KAU umpama Bunga yang harumnya semerbak, cantiknya menyerlah, yang terjaga di kota larangan-TERSEGAM INDAH- yang menjadi rebutan sang kumbang yang bebas di udara.

Namun keindahanmu punya syarat dan batas yang harus digarisi dan dipatuhi. Keindahanmu harus dipelihara se'cantik'nya agar tak mudah tersingkap dek kelalaian...

Rahsia Seorang Muslimah di landasan dunia.. sering di duga dan terus diduga dek keindahan dunia yang sementara. Apa yang dimaksudkan dengan 'dirimu sering diduga dan terus diduga'? 

Apakah rambutmu yang ikal mayang atau lenganmu yang putih mengebu yang sering menjadi santapan mata-mata liar di batasan jalan?

Allahuakhbar! itulah auratmu sayang!

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka menghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 
(Surah An-Nur: 31)

Jelaslah tentang AURAT itu amat penting untuk dipelihara ibarat menatang minyak yang penuh.. runtuh pemeliharaannya, runtuhlah keindahan Rahsia yang tersegam indah....

Namun banyak yang sering bertanggapan Aurat itu dan Aurat ini... Mari kita tengok tenggapan-tanggapan nakal yang sering di fikirkan.





......KESILAPAN KERAP TENTANG AURAT....

Kesilapan pertaman: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesilapan kedua     : Bertudung tetapi ber'T-shirt' berlengan pendek.
Kesilapan ketiga     : Bertudung tetapi baju kebarung terbelah kain.
Kesilapan Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan 'rahsia-rahsia'.
Kesilapan kelima     : Bertudung tetapi longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesilapan keenam   : bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. bukan di sekita rumah, pasaraya                                                            dan sebagainya.
Kesilapan ketujuh   : Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher, maka terdedahlah dada.
Kesilapan ke lapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis hingga dapat dilihat sanggul, leher dan dada.
Kesilapan ke sembilan : Tidak menjaga suara malahan 'memanjakan' suara ketika bercakap dengan ajnabi (lelaki asing). bukankah suara itu aurat?




...~Begitulah KEINDAHAN ASRAR seorang MUSLIMAH yang harus di teliti walau sehalus benang sekalipun..kerana keindahannya mampu meruntuh semangat MUJAHID yang sedia di medannya, keindahannya juga mampu menggongcang dunia, namun tidaklah keindahan itu diumpama racun, tapi tatkala tidak dipelihara hilanglah kemanisannya..nauzubillah..~..

Sekian sahaja buat ketika ini...ilalliqa'....Haza Min fadhli Rabbi..

Moga memberi manfaat pada semua...rantaikan ilmu usah ikat ilmu itu, andai kita ikat ilmu pasti ia kan bertemu hayat 'karat', tapi andai kita rantaikan ilmu itu , insyAllah iakan terus mengalir ke hati-hati yang cintakan ilmu..wallahualam...