Bismillahirrahmanirrahim.. syukur kehadrat illahi kerana setelah sekian lama tidak menjengah2 laman blog KEINDAHAN ASRAR ini atas kesibukan dan internet yang sering buat masalah... namun insyAllah hikmah Allah lebih mengetahuinya.. pertama dan selamanya syukur kehadrat Illahi masih ada peluang dan umur yang bersisa untuk mencoretkan sesuatu di sini..
"Teguhnya suatu umat itu adalh kerana akhlaknya, sekiranya hilang akhlaknya, maka hilanglah umat tersebut" -Antara perpatah2 Arab.
Apakah kepentingan akhlak yang sering ditekankan dalam Islam?
1. Melahirkan umat yang bertamadun dan dihormati..
-Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama. sebagai contoh, akhlak yang dipamerkan oleh RASULULLAH SAW sendiri yang sehinggakan mampu menarik hati masayarat zaman dahulu untyuk memeluk islam.. asas nya adalah akhlak..
2. Mengelakkan daripada terjerumusnya dalam kencah kehinaan.
-Kehidupan yang tidak berlandaskan akhlak akan terganggu.. maksudnya.. bila akhlak tidak lagi dijadikan garispanduan, maka hawa nafsu akan mengambil tempat dan menjadi kiblat utama pada manusia andai MASIH TERLENA..maka terjadilah kes2 yang menggadaikan kesihatan sendiri serta maksiat dan zina yang berleluasa kerana hilangnya akhlak dalam kehidupan seharian...
3. Menjadi instrument dakwah yang berkesan bagi menyebarluaskan keindahan Islam kepada masyarakat.
-Melalui akhlak yang CANTIK.. mampu menarik perhatian orang yang melihat.. terutamanya mampu menarik NON MUSLIM utk mendekati Islam dengan mudah.. sebagai contoh, akhlak Rasulullah yang terpamer indah, membuatkan ramai yang terpukau dengan keperibadiannya.. akhirnya ramai yang memeluk islam dan mengenali islam dengan lebih mendalam.
4.Melahirkan masyarakat yang mempunyai produktiviti professional.
-Prinsip Islam menekankan soal kejujuran, tanggungjawap, dan saling menghormati dan sebagainya.. hal ini mampu melahirkan masyrakat dan pemimpin yang berintegreti mantap dan nilai professional yang tinggi sekaligis menaikkan martabat islam ..
5. Menjadi Sumber Kepada rahmat Allah..
-Tidak lain tidak bukan kepentigan utama masyarakat yang berakhlak adalah mencapai KEREDHAAN ALLAH di dunia dan akhirat. hal ini selaras dengan forman Allah..:
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapu merek mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannyaa.."
Surah Al-A'raaf: 96.
"Hiasi peribadai dengan akhlak yang mulia..."
wallahualam.. salam perkongsian buat sahabat2...
No comments:
Post a Comment