Thursday 23 June 2011

14. ...:::Terbanglah Wahai Diri::::....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....

syukur ke hadrat illahi..hari ini bertarikhkan 24 Jun 2011-Jumaat- 1 235 tengah hari, ana ingin berkongsikan karya ana bersama sahbat-sahabat yang berkesempatan singgah ke blog ana...


Alhamdulillah, pada awal tahun ini karya ana terpilih untuk disiarkan di Majalah Tunas Cipta...
kebetulan bulan Januari-bulan kelahiran ana...syukran ya Rabb...

 jadi hari ini ana kongsikan bersama moga memberi manfaat pada kita semua...




TERBANGLAH WAHAI DIRI

Andai ada angin yang boleh meniup sayapku
Terbang ke satu daerah tinggi
Membawa diri mengecapi keindahan pantai damai
Ingin sekali aku singgah ke teluk cahaya
Yang menerangi sinar wajahku
Mambasuh segala luka-luka.

Aku mula mengorak langkah
Pada landai kejernihan mata hati
Yang di hadapannya terlihat jejak yang masih basah
Ada lambaian damai berbisik memanggil
“Marilah bersolat..Marilah menuju kejayaan”
Allahuakhbar!

Siti Atiqah Binti Mohd Said,
Seri Manjung, Perak.
Januari 2011


perkongsian pada hari ni satu hadis...
Rasulullah ﷺ bersabda, ”Doa seseorang untuk saudaranya dari kejauhan itu mustajab. Di kepalanya ada malaikat yang ditugasi. Setiap kali ia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang ditugasi itu berkata, Amiin... semoga kamu juga mendapatkan yang serupa.” (HR. Muslim)
 "....andai hari ini kita rasa lemah, jangan pernah fikir kita selamanya lemah..Allah sentiasa bersama..insyAllah..doa seseoramg sahabat itu adalah penawar kepedihan,..wallahualam...."
..::::Nota cinta kuselitkan dalam sujudku pada-Mu , agar setiap zarah helaan nafasku akan terus bersatu dengan Kasih-Mu ya Rabb...selamanya....::::....
salam sayang buat sahabat-sahabat......
Umat Islam sentiasa boleh...!!

Friday 17 June 2011

13. ~salam jumaat~

Minggu Penulis Remaja 2011.....


bismillahhirrahmanirrahim....pertama dan selamanya..syukur kehadrat ILLAHI krn memberi peluang sekali lagi untuk ana berblog di sini..mcm beri ucapan pula..:)

hmm..apa itu MPR?

Minggu Penulis Remaja...haa pasti yang tertanya2..jadi itulah maksud MPR yang menjadi tanda tanya pada semua..sbb kebanyakkan yang sering bertanya soalan yang sama..MPR tu apa...kadang-kadang tak larat nak jawab..minta maaf ye sahabat2..^_^

hmm kali ini ana pi MPR yang diadakan di SHAH'S BEACH RESORT, TG KLING, MELAKA..kawasan nya di tepi pantai..seronok sgt2... angin yang menyapa pipi, membelai nurani..Allahuakhbar...indah..


mulanya rasa takut nak mengikuti kursus ni sbbnya peserta2 yang mengikuti kursus ni nampak sgt hebat... apalah sgt nak dibandingkan dgn diri yang lemah ini..namun ana(saya) gagahkan juga diri...yakin mampu..insyAllah..


kami diberi tugasan untuk menulis cerpen dan puisi..Allah..ana genre PUISI..nak menulis cerpen...hanya Allah yang tahu...hingga terlena...tapi alhamdulillah dipermudahkan segala..akhirnya befrjaya ana siapkan cerpen yang bermuka suratkan 8 muka surat....^_^ alhmdulillah.. tajuknya ana rahsiakan dulu ya...:)


hm..yang paling seronok jalan-jalan..ada lawatan  di bandar hilir, Melaka...ada seorang pak cik jual kacang berharga rm 1 setiap bungkus menghampiri bus kami...terkejut juga. nampak gaya mcm nak tumpang kami..tapi rupa-rupanya nak tumpang jual kacang..kami pun pakat beli ramai2. sedap juga. lepas sesi menjual pak cik tu pesan pada kami semua supaya jadi insan yang baik, taat pada Allah dan ibubapa.terharu ana dengar. teringat masa tu [ada ummi dan kelyarga di rumah.. terima kasih pak cik atas pesanan. terima kasih Allah kerana kirimkan seorang insan seperti pak cik itu pada kami...


banyak ilmu yang aku timba di sana. cuma nak aplikasikan dalam karya perlukan masa..perlu banyakan membaca...itu pesan fasi2 di sana..terima kasih fasi2 ku..


hmm.. rasanya sampai sini dulu la ye..apa2 pun terima kasih pada sahabat2 MPR ku yang baik2 dan sentiasa bersemangat dalam menghasilkan karya!


"SEDAP! BUKAN TAPI PUITIS" satu kenangan yang tak boleh di lupakan...terima kasih semua...syukran ya Rabb...!

sedikit perkongsian ilmu di sini....

"...sejauh mana kita mendongak dan mendaki, jangan kita lupa untuk melihat ke bawah, kerana asal kita adalah di bawah. di bawah tak bererti hina, di atas tak bererti mulia. dan di bawah tak bererti mulia, di atas tak bererti hina...yang bezanya adalah TAQWA...yakin pada Allah..."

sekian....syukran jazilan..


SALAM SAYANG BUAT SEMUA........