Tuesday, 30 August 2011

Contest Aku Berpuisi- Pejuang Syahid




Cakna aku pada gempita seberang
Menepuk bahu, sapaan suara rintihan
Terpantul gelisah, perih dan sengsara
Pada wajah yang basah
Dengan darah jihad fi sabilillah.

Hujung mata pedang; senjata
Percaturan di pertikai
Nyawa atau maruah agama
Raga dibedil hancur di cincang
Kalimah ‘La ilahaillallah’
Cair mengalir pada urat-urat semangat
Bercampur haruman darah Syahid.

Lantang suara memecah ruang
Ngauman tentera Islam
Memecah bentala, menembak segala isi dunia
Berkecai; bertaburan semangat zionis
Seinci cuma tertinggal.


Sentuhan Tinta:
S. ATIQAH SAID..





Link sahabat-sahabat:



Thursday, 11 August 2011

25. Senyum Tak Perlu Berkata apa-apa...






 "SENYUM TAK PERLU BERKATA APA-APA.." Hmm.. pasti ramai yang pernah mendengar perkataan ini kan..senyum. bila kita sebut tentang senyum,  pasti kita terfikir ;
- senyum bila orang lain buat lawak
- senyum bila terdengar cerita lawak
- senyum bila terbuat lawak
- senyum bila teringat orang tersayang.

TAPI...

Cuba kita tengok-tengok semula.. bila kita di timpa musibah.. adakah kita mampu tersenyum? misal kata, kita dapat result peperiksaan. tak kisahla sama ada baik atau kurang memuaskan, apakah riak wajah kita?  marah? sedih? berduka? atau  TERSENYUM? atau buat2 tak tahu? jawapan itu pilihan pada teka teki wajah anda.. tapi tak mustahil kita sedih kalau dapat result tak brapa elok dan muka moyok ja..tapi usahlah  berpanjangan kemoyokannya., cuba rasionalkan akal, bisik pada hati..

"..ini hadiah dari Allah, UJIAN hadiah dari Kekasih Agung... yakin bahawa semua yang diberi-Nya ada hikmah yang penuh rahsia di sebaliknya. sesungguhnya Dia yang memberi ujian dan DIA jua penunjuk jalan.."


Nah... apa lagi, sebagai muslim sejati, usah segan, malu, malas atau keberatan menjamahkan anggota dgn dengan WUDUK, menganggkat tangan memohon doa dan bantuan, menjuadahkan malam dengan hidangan air mata keinsafan. usah malu dan kelu.. kerana manusia insan lemah yang sentiasa mengharapkan bantuan dan bergantung pada-Nya sentiasa..


Jadi..selepas ini usahlah menawarkan wajah masam pada pada sahabat2, usah menyambut alam dengan kemuraman, tapi hiasi dengan pacaran SENYUMAN seikhlasnya kerana Allah..


Tak perlu bayar pun untuk senyuman terindah. hanya senyum dan senyum..tapi janganlah senyum sorang2 ye..dikhuatiri org bersangka lain pula...



"..jadi senyumlah.... seikhlasnya kerana Allah...^_^.."

wallahualammm.....

Tuesday, 9 August 2011

24. Cerpen: Ayat Terakhir (4)


 (Sambungan daripada sedutan Ayat Terakhir (3))
Selamat membaca....


“Doktor!! Doktor!! Nurse!! Nurse!!” jerit Syafiq memanggil doktor sambil air matanya mula membasahi pipi.
“Ira mengucap, Ira. Mengucap..” pinta Syafiq kepada Syakira berkali-kali sambil mengajar Syakira mengucap.
Ayah dan ibu Syakira turut melakukan perkara yang sama. Seketika kemudian, Syakira menghembuskan nafas yang terakhir selepas melafazkan kalimah syahadah kemudian berkata,
“Ayah, umi, abang, ira sayang abang, umi dan ayah... maafkan ira..ira..” Puan Syazana tidak berhenti menangis di samping tubuh Syakira sambil ditenangkan oleh suaminya, Encik Nazif. Sementara itu, Syafiq juga turut menangis. Kini barulah dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Syakira ‘tak sempat’ semasa mereka di pantai.



~~~~TAMAT~~~~
Sekian sahaja cerpenAYAT TERAKHIR buat kali ini...alhmdulillah cerpen AYAT TERAKHIR yang mempunyai 5 muka surat semuanya telah berjaya di kongsikan bersama di blog ini dengan mempunyai 4 siri...moga2 memberi manfaat kepada sahabat2.....

....AYAT TERAKHIR menyediakan wadah buat sahabat2..moga Allah sentiasa merahmati kita semua....

wallahualam.....ilalliqa...bertemu lagi di ruang waktu yang lain...

Monday, 8 August 2011

23. Cerpen: AYAT TERAKHIR (3)



"Sambungan sedutan AYAT TERAKHIR (2)..selamat mebaca dan menghadam cerpen ini..moga memberi manfaat.."



“Abang, jom kita pergi jalan-jalan kat tepi pantai. Dah lama tak pergi kat sana,” ajak Syakira.
“A’ah la. Dah lama kan kita tak pergi kat sana sama-sama. Tapi, sebelum tu abang nak pergi sembahyang dulu.. Ira dah sembahyang ke?” tanya Syafiq.
“Dah.. cepatla bang.. orang rindu sangat kat pantai tu.. nanti tak sempat pulak orang nak tengok pantai tu buat kali terakhir..” jawab Syakira. Dulu Syafiq memang selalu bawa Syakira ke pantai. Di sana mereka akan meluahkan isi hati masing-masing. Cuma sejak akhir-akhir ni, Syafiq jarang bawa Syakira ke pantai kerana sibuk dengan kerja. Tambahan pula, kesihatan Syakira yang agak merosot sejak akhir-akhir ni.
            “Keheningan malam membangunkan, kepayahan jiwa meluahkan andai...” tiba-tiba lamunan Syafiq terhenti apabila handphonenya berbunyi.            
“Hello,siapa tu?” tanya Syafiq kepada si pemanggil dengan nada yang lemah. “Hello, fiq. Aku ni, Iwan. Ayah ngan adik ko macam mana? Ok ke?” tanya Izwan, rakan karib Syafiq juga rakan sekerjanya. Izwan menganggap Syafiq macam adiknya sendiri. Syafiq hanya muda 3 tahun daripada Izwan.
            ”Erm, entah la.. Tapi ayah aku dah sedar dah.. baru je tadi..Cuma adik aku je belum sedar lagi. Wan nanti tolong bagitahu boss, aku ambik cuti emergency tau.. 3 hari, nak jaga adik aku,” kata Syafiq.
“Ok!! Okla, aku tak boleh lama-lama ni nanti boss marah pulak.. aku pakai phone office ni.. ok, nanti kirim salam kat mak  dan ayah ko.. bye!! Assalammualaikum!!” jawab Izwan kemudian menamatkan talian dengan salam.
“ Waalaikumussalam!!” jawab Syafiq.
Selepas menunaikan solat Zohor di Surau, Syafiq teringat akan kata-kata adiknya.
“Abang, Ira dah masuk juzuk 30 Cuma ada 5 surah je lagi belum habis.” kata Syakira kepada Syafiq.
 “Emm, pandai adik abang ni.. tapi kenapa tak habiskan je lagi 5 surah tu?” tanya Syafiq.
“Heheheh.. saja je..Ira nak suruh abang dengar ira baca surah terakhir tu.. lepas tu Ira nak dengar abang baca pulak.. suara abang sedap..” petah Syakira menjawab.
            “Ye ke suara abang sedap?” tanya Syafiq seolah-olah dia tak tahu akan jawapan yang dia sendiri tahu.
“Ye, sedap..Abang, Ira nak cakap sikit boleh tak?” tanya Syakira dengan nada yang teragak-agak.
            “Boleh.. cakapla, apa dia? Macam ada yang tak kena je..” jawab Syafiq yang kebingungan dengan sikap adiknya yang berbeza sejak akhir-akhir ni.  
“Erm..erm... abang, kalau Ira tak sempat habis baca 5 surah tu, abang tolong bacakan untuk Ira ye..” tergagap-gagap Syakira menyuarakan hasrat hatinya.
“Apa yang Ira cakap ni? Kenapa pulak tak sempat? Merepek je la budak ni.. dah.. dah.. jom kita balik. Hari jumaat minggu depan kita baca sama-sama..Ok?” kata Syafiq yang semakin bingung. Tapi cepat-cepat dia menghalau perasaan tidak sedap hatinya itu..
“Cik..cik..telefon cik berbunyi..” Syafiq tersedar apabila dikejutkan oleh pengguna surau itu juga yang mengatakan telefon bimbitnya berbunyi.
“Eh.. terima kasih..” kata Syafiq dalam keadaan yang masih mamai...
            Tergesa-gesa Syafiq berlari ke wad di mana adiknya di tempatkan selepas mendapat tahu adiknya sedang nazak dan mahu bertemu dangannya.
“Ira.. Ira.. ni abang ni, Ira..” Syafiq memanggil adiknya berkali-kali. Kelihatan keadaan adiknya sangat lemah.
“ Ira.. abang ni.. mengucap dik, mengucap.” kata Syafiq berulang kali supaya adiknya mengucap sambil air matanya mula menitis..
            “Abang.. boleh tak abang tolong bacakan Ira surah-surah tu? Ira tak larat nak baca sendiri. Ira penat sangat, boleh?,” amat lemah Syakira berkata-kata sehinggakan Syafiq terpaksa mendekatkan telinganya ke mulut Syakira..Syafiq terkedu seketika. Dia teringat akan kata-kata adiknya tempoh hari. Dengan segera Syafiq mengambil Al-quran di atas meja yang dibawanya tempoh hari dan membacakan 5 surah terakhir yang dikatakan oleh Syakira. Ayah dan ibu Syafiq turut melakukan perkara yang sama seperti Syafiq lakukan.
            Tiba-tiba, Syakira sesak nafas semasa ayat terakhir dalam surah terakhir yang dibacakan oleh ayah, ibu dan abangnya. Ayah dan ibu Syakira kaget. 


BERSAMBUNG........



"Yakin pada-Nya...yakin Allah sentiasa bersama walau di mana jua berada.."

Sunday, 7 August 2011

22. Cerpen: Ayat Terakhir..(2)






 *sambungan daripada episod cerpen AYAT TERAKHIR (1)...selamat mambaca...



“Macam ni.. Encik Nazif cuma mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan kaki kanannya..” doktor Hanafi menjelaskan keadaan pesakitnya iaitu ayah kepada Syafiq dan Syakira serta suami kepada Puan Syazana.
            “Ooo.. begitu.. erm, bagaimana dengan keadaan adik saya pulak doktor?” tanya Syafiq, sementara Puan Syazana hanya mendengar. Dia bagai hilang semangat untuk berkata-kata.
            “Emm, sebelum tu boleh saya tanya sikit? Sebelum ni adik Cik ada sakit apa-apa tak? Maksud saya sakit yang agak kronik.” Tenang sahaja Doktor Hanafi bertanya kepada Syafiq yang sejak tadi ingin tahu benar tentang adiknya. Tiba-tiba Puan Syazana bersuara...
“Tak ada, doktor. Cuma sejak akhir-akhir ni dia demam teruk dan selalu mengadu sakit kepala yang teramat. Tadi, selepas dapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan suami saya accident, saya terdengar suara dia memanggil saya. Tapi bila saya masuk bilik, saya tengok dia dah terlentang di lantai, doktor,” jelas Puan Syazana sambil menangis di bahu Syafiq.
            “Apa? Kenapa umi tak bagitahu fiq?” tanya Syafiq kepada Puan Syazana dengan terpinga-pinga.
“Umi tak nak kau susah hati, Fiq.. Maafkan umi, Fiq.” Termenung Syafiq sambil mendengar penjelasan ibunya.
            Sementara itu, Doktor Hanafi hanya melihat dan mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh dua beranak itu. Dia hanya berdiam diri seakan memahami keadaan mereka yang sedang rungsing. Seketika kemudian, Doktor Hanafi bersuara.
“Baiklah, macam ni, cik, setelah pihak kami membuat pemeriksaan ke atas adik cik, sebenarnya adik cik bukan sekadar demam biasa, tapi dia disyaki menghidapi penyakit yang lebih serius yang menyebabkan dia selalu pengsan seperti ibu cik katakan tadi,” kata Doktor Hanafi.
“Maksud Doktor?” tanya Syafiq.
“Erm, adik cik mungkin menghidapi cencer otak. Tapi itu hanya andaian kami sahaja melalui tanda-tanda yang dapat kami kesan. Keputusan sebenar belum kami terima. Mungkin dalam seminggu lagi keputusan dikeluarkan. Sabarlah cik. Berdoalah moga-moga adik cik terhindar daripada sebarang penyakit,” jelas Doktor Hanafi sambil cuba menenangkan Syafiq dan Puan Syazana yang kelihatan semakin bimbang. Seketika kemudian mereka pun beredar daripada bilik Doktor Hanafi dan terus ke wad Syakira kemudian ke wad Encik Nazif . Setibanya di wad Syakira, Puan Syazana terus memeluk tubuh anak tunggalnya sambil menangis di samping Syakira.


BERSAMBUNG




"..moga memberi manfaat pada sahabat2 semua...sambunagn cerpen ini akan menyusul kemudian..."
syukran...ilalliqa;..

Saturday, 6 August 2011

21. Cerpen: AYAT TERAKHIR (1)





           “Umi, badan Ira panas.. kepala Ira sakit sangat.. Ira tak tahan umi. Ayah mana umi? Kenapa ayah tak balik lagi beli ubat Ira? Aduh..! Umi.. Umi.. Sakiit .. Arggh!!!” mengadu Syakira kepada uminya.
            “Ya Ira.. umi tahu Ira sakit. Sat lagi ayah balik la. Sabaq ya, Ira.. sabaq ya.. Umi pi ambik air sat..” pantas Puan Syazana beredar pergi mengambil semangkuk air untuk mendemah badan Syakira yang panas dengan tuala basah. Tiba-tiba.... Kring.. kring.. kring.. kring.. Telefon rumah Puan Syazana berdering berkali-kali. Berlari anak Puan Syazana untuk menyambut panggilan tersebut.
 “Hello! Siapa tu? Ya Allah! Kat mana dia sekarang, Tuan? Emm..baiklah.. terima kasih, Tuan..” separuh menjerit Puan Syazana sambil air matanya mula membasahi pipi apabila menjawab panggilan tersebut. Jeritan kecilnya membuatkan Syakira terkejut dan cuba untuk bangun melihat apa yang berlaku.. Tiba-tiba....
            “Aduh, umi!!” jerit Syakira memanggil uminya kemudian terus menyepi.
            Di hospital Seri Maju, Puan Syazana sedang menunggu laporan daripada doktor tentang dua nyawa yang amat dia sayangi sambil menanti Syafiq, anak sulungnya.
“Umi.. apa yang dah jadi? Ayah ngan adik macam mana, umi?” tercungap-cungap Syafiq sambil bertanyakan tentang ayah dan adiknya kepada uminya. Namun, pertanyaannya tidak dijawab oleh Puan Syazana yang kelihatan tidak bersemangat. Syafiq terus dibelenggu dengan pelbagai soalan yang bermain dibenaknya. Tidak lama kemudian doktor yang memeriksa ayah dan adiknya keluar daripada bilik pemeriksaan.
            “Doktor, macam mana keadaan ayah dan adik saya..?” tanya Syafiq kepada doktor Hanafi dengan nada yang agak mendesak.
            “Sabar cik, sabar.. Ayah dan adik cik selamat cuma belum sedarkan diri dan berkeadaan agak lemah. Erm, boleh Cik dan Puan ikut ke bilik saya sebentar..? Mari!” kata doktor Hanafi.
“Emm..” Syafiq dan Puan Syazana hanya menurut. Kelihatan mereka begitu sugul. Setibanya di bilik doktor Hanafi.
“Doktor macam mana dengan ayah dan adik saya?”  tanya Syafiq ketika di dalam bilik doktor tesebut. 


BERSAMBUNG....
UNTUK MELIHAT SAMBUNGAN DARICERPEN INI ADA DI LINK INI...

*Alhamdulillah cerpen ini telah tersiar di akhbar Minda Pelajar , Berita Hariab pada 14 Ogos 2007...
*Sambungannya akan menyusul kemudian...insyaAllah...



Wednesday, 3 August 2011

20. Aku Ingin Menjadi Mawar Berduri.



 

Aku ingin menjadi mawar berduri

Seharum kasturi

Seindah sang pelangi

Secerah mentari pagi

Sedamai pantai yang memutih

Setenang air di kali

Itulah BIDADARI

Idaman setiap Mujahid

Bukan kerana Harta

Bukan kerana Nafsu

Bukan kerana cantiknya Wajah

Sebaliknya

Kerana hiasan IMAN

Kerana hiasan Taqwa

Kerana hiasan Bunga-bunga Jihad

Terus mekar dan mewangi

 Menghiasi taman-taman Syurgawi.

Aku ingin menjadi bidadari


Idaman para Mujahid

Menuju Yang Satu

Bak mawar berduri

Kekal indah

Idaman kumbang-kumbangberhati tulus

Di Kota Larangan...




"..maluku menjemput rasa gundahku, tatkala jiwa melonjak mahu, namun apa dayaku, malu mengatasi segala keadaan, tatkala aku berdiri tegak sejajar lamaranmu wahai Kumbang idaman.."



Tuesday, 2 August 2011

19. Yang Jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita rapat-rapatkan..







Tajuk hari ini saya bawakan "Yang Jauh kita dekat-dekatkan, Yang Dekat kita rapat-rapatkan" dan saya lekatkan sekali gambar di atas bukanlah satu hiasan. tapi pasti ramai yang tertanya-tnya apa kaitannya dgn gambar di atas dan tajuk saya tu. selalunya tajuk tu sesuai dgn saudara yang duduk jauh ke, atau pasangan yang ingin di satukan, betul tak? hmm apa kata kita selongkar, jom!




Tajuk di gambr: Solat Itu Tiang Agama..Sudah semestinya Solat itu adalah tiang agama.. andai bengkok solat kita, bengkok lah agama kita, andai tidak sempurna solat kita, bagaimana dengan agama kita. kan? 


Jadi kaitan nya di sini sebenarnya adalah dimana solat yang dikerjakan secara jemaah selalunya di pandang remeh.. benar, ramai antara kita yang selalu ke surau, masjid dan sebagainya untuk menunaikan solat jemaah, kerana pahala menunaikan solat jemaah adalah 27 kali ganda berbanding mengerjakan solat sendirian kan.. (Kalau saya salah tolong betulkan) 


Bila sebut tentang jemaah, dah tergambar di fikiran, jemaah yang ramai, ada imam, dan makmum2 di belakang. tak kira lelaki mahupun wanita. tapi, cuba kita lihat dari segi SAFFnya pula..bagaimana ye?




1. Saff seperti ini;




2. atau Saff yang seperti ini;



Sudah terang lagikan bersuluh. pastinya saff di gambar yang pertama itu tepat lagi benar. rapat dan dekat, tiada ruang-ruang pun yang terlihat dan tiada ruang utk 'MR Tan' tu nak mencelahkan? tapi yang menjadi sedih dan sayunya, bila saff ada ruang. bila kita ajak 'dekat-dekatkan yang jauh. rapat-rapatkan yang dekat' ada suara yang tak puas hati. kenapa? 

Alasan 1: "Ehh kenapa makin berganjak pulak ni, ce cerita sikit"
Alasan 2: "Alaa, kipas kat mana ye, nak duduk bawah kipas, panas nnt,"
Alasan 3: "Bersih tak sejadah ni, nnt selesema pulak, nak pakai sejadah sendiri."

Pelbagai alasan yang cuba di hujahkan. Tapi kalau ke konsert malam2, bersesak-sesak, 'saff ' itu selalunya rapat sangat. sehinggakan lelaki dan perempuan berganding bahu, tiada lagi ruang yang dapat dilihat. bagai mana pulak tu? sanggup berpanas berjam-jam tanpa sezarah udara pun, tambahan pulak sanggup bergelap utk pastikan tak terlepas nak tangkap gambar artis kegemaran.. tak apakah perbuatan itu? tak kisah? saya tinggalkan soalan itu pada kalian. 

Macam ada nada marah pula..minta maaf ye.. bukan nak marah cuma terpanggil dengan semua ini. kadang-kadang kita terlepas pandang semua perkara ini, sedangkan solat itulah peribadi kita. bak kata sahabat ana

"kalau seseorang itu berbuat baik, menderma, bantu anak yatim tapi tak SOLAT, tetap jahat juga, kenapa? sebabnya dia berani melanggar perintah Allah. solat itu kewajipan kan?"


Hmm jadi kesimpulan nya di ini. solat jemaah itu baik dan bagus, tapi janganlah kita menjadikannya tak baik pula dengan sengaja mencipta pelbagai alasan untuk meneguhkan alasan sendiri dimana biarkan saff tu RENGGANG dan kosong begitu sahaja. ingat Mr Tan tu sentiasa mencari ruang dan peluang..





Sabda Rasulullah.s.a.w. ;






Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )


"..Jagalah saff ketika solat kerana solat itu mencerminkan peribadi kita, DEKAT-DEKATKAN YANG JAUH, RAPAT-RAPATKAN YANG DEKAT.. "

p/s: Kenyataan atau perkongsian di atas tidaklah bertujuan untuk menyindir mahupun mengaibkan sesiapa, tetapi bertujuan untuk berpesan-pesan dan mengingati antara satu dengan yang lain, kalau kita tak ingatkan sama sendiri siapa lagi kan? dan perkingsian ini juga untuk mengingatkan diri saya juga. andai ada kesilapan mohon sahabat2 tegur..


selepas ini andai ada nampak saff yang kosong bantu-bantulah untuk rapat2 kan saff ye..insyAllah, Allah bantu..
asiff jiddan..andai ada kesilapan..
sekian sahaja perkongsian pada hari ini..

ilalliqa'..