Thursday 1 December 2011

29.Terluka dan dilukai...

Salam jumaat yang tenang....hari ini pelbagai ujian yang hadir.. syukur krn Allah masih memberikan ujian itu buat diriku.. tapi insyAllah masih mampu harungi.. buat sahabat2 apa khbr semua? moga sentiasa dlam redhaNya...

hmm kadang2 bila kita dalam kebahagian kita seakan lupa org yang sedih.. tapi bila dah sedih terlupa pula meraikan orang yang gembira.. begitulah manusia yang terkadang suka mengeluh.. tapi ingat, kehadiran seseorang dlam hidup kita terkadang membawa cahaya, bila dah dpt jgn mudah2 lepaskannya...dan kehadiran seseorang itu usah dipersiakan dan disakiti sesuka hati. seperti yang kita maklum, bila hati sudah terluka, pastinya meninggalkan kesan yang mendalam, bila dah ada kesan, dan luka pasti mengambil masa yang lama untuk ubat..

nak tahu sesuatu? kadang2 kita buat2 tak endah je pada seseorang yang hadir dalam hidup kita.. malah mudah je kita sakitinya tnpa kita sedar, alih2 sudah terluka rupanya orang tu. kesian dia... niat kehdiran untuk menjadi peneman dan penghibur, tapi kerana emosi dan hormon yang berubah2, mangsanya dia... namun, terkadang org yang terluka tu biarkan je hatinya dilukai dan masih tampil dengan senyuman dan riang tawa kebahgian, untuk memastikan org yang dia sayang sentiasa selesa dan tenang meskipun terpaksa korbankan bahagia jiwa yang telah dirobek tadi.. alahai. sedihnya mcm tu.. macam tak adil kan? tapi itulah lumrah khdpn, pasti salah satu kena mengalah...

Tapi tak apalah, asalkan jiwa keduanya tenang dalam rahmatNya,. mungkin org yang melukai itu belum perasan yang org yang dilukainya itu terluka dan cuba berpura2 kelihatan tenang pada tindakan, laku dan bicaranya,,, kan?

"Diam itu lebih indah dari berbicara.. Kalau terluka ubati dengan zikir dan beri ruang pada diri utk terima "sahabat" Itu seadaanya.. barulah org mampu terima kita seadaanya.. insyAllah...."

1 comment:

  1. aku dari kaum Hawa!selalu dilukai oleh insan yang disayangi.walaupun begitu,aku tetap gagah mengharungi dan berdoa semoga satu hari nanti dia akan sedar betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayangku dari dulu hinggalah sekarang..........bagiku,selagi ada waktu,selagi itu ada peluang untuknya berubah...semoga aku semakin tabah menghadapi semua itu...

    ReplyDelete