tengah hari tadi ana berpeluang ke majlis ilmu yang membincangkan tajuk ini.. seronok.. maklumla pelajar2 Universiti sekarang makin rancang membincangkan soal memilih dan di pilih.. sudah menganjak ke alam dewasa la katakan.. tipula kalau tak ada langsung tercuit hati untuk berpasangan..cuma bila hati dah mula terketuk untuk mencari sesorang sebagai peneman hidup, perlulah ada batasan2 dan syariat2 yang perlu kita ikut.. bak kata ustazah ana di sini..
"Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukan daripada kalangan umatku.."
(Riwayat Al Bukhari)
Hadis di atas jelas tentang perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah saw.. tapi bila sebut tentang kahwin, kena ada SYARAT-SYARATNYA...
Apakah syaratnya? jom kita rungkai..
@Perkahwinan amat digalakkan
@Memilih dan dipilih adalah proses yang perlu dilalui
@Menolak cinta yang bergelumang dengan dosa
@Jodoh tak datang bergolek
@tak boleh memisahkan persoalan Jodoh dan Usaha
@Berusaha dalam LINGKUNGAN AGAMA
@Jodoh sudah ditentukan Allah sejak azali lagi..
hmm nak kongsi sikit.. pernah ada seorang hamba ini cerita pada ana bahwa dulu ada orang minat pada nya secara senyap2.. langsunng tak beritahu atau suarakan hasrat hatinya... dan sekarang hamba Allah ni sudah pun bernikah dan punyai anak 4 orang.. haa... tengok.. ni la yang dikatakan rezeki tak datang bergolek tanpa usaha.. kenapa ana ckp mcm tu.. sbbb cuba tgkk lelaki tu pemalu sgt hingga melepas wanita yang benar2 dia sayang...
p/s: bukan tak boleh pemalu. tapi pemalu bertempat.. kalau malu sgt.. gunakanlah irangtengah itu sebaik2nya... jangan bila wanita tersebut dah mendirikan rumah tangga baru nak suarakan hasrat hati.. ketika itu sudah terlewat.. dan bila sudah sampaikan hasrat hati lekas2la jumpa keluarga wanita tersebut.. dan meminangnya segra... khuatir ada yang memerhati... gigit jari pula nnt.. tapi insyAllah kalau jodoh telah tertulis untuk kalian.. tak kemana. tapi USAHA ITU PENTING.. JANGAN DUDUK DIAM SAHAJA..... INGAT TU...
(pesanan buat dan bakal teman hidup juga.....^_^)
jangan lupa istikharah ye sahabat22.. untuk mengukuhkan suara hati dan pilhan hati... mohan agar Allah tetapkan hati kita dengan pilihan kita.. dan jgn lupa dptkan restu ibu bapa kita... kerana...
"Redha Allah TERHENTI pada redha kedua ibubapa "
BILA IBU BAPA KITA REDHA , ALLAH JUGA REDHA.. WALLAHUALAM..
(BUAT BAKAL TEMAN HIDUPKU HINGGA KE SYURGA, MOGA PROSES MEMILIH DAN DIPILIH ITU BERLANGSUNG ATAS LANDAS IMAN DAN TAQWA.... )
menarik....
ReplyDelete