Thursday, 26 July 2012
49. Rabiah al adawiy
Bismillahirrahmanirahim.. Syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk mencoret di laman ini. Alhamdulillah kali ini saya sudah berjaya habiskan pembacaan buku ini. MasyAllah... tersentuh dan terusik. siapa Rabiatuladawiyah sebenarnya? anak siapakah beliau? bagaimanakah kehidupanya? jom saya kongsikan serba sedikit tentang isi buku ini.
siapa Rabiatuladawiyah?
Nama sebenar beliau adalah Rabiah yang bermaksud Empat. kerana beliau merupakan anak ke 4 dalam adik beradiknya. bapanya bernama ismail al adawiy. namun ramai yang memanggilnya sebagai adawiy. bapa Rabiah merupakan seorang yang warak dan sangat menekankan kehidupan Islam dan tarbiyah Islamiah dalam keluarganya. anak-anaknya semuanya perempuan. namun berjaya beliau mendidik menjadi anak-anak menjadi seorang yang patuh pada Allah dan ajaran agama.
REDHA sentiasa menjadi keutamaan dalam ahli keluarga ini. apa jua cabaran dan dugaan di serahkan pada Allah setelah berusaha. masyAllah.. pernah sewaktu isterinya mengandungkan Rabiah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah yang mengatakan bahawa bayi yang bakal di lahirkan itu adalah bayi yang istimewa. berdegup jantung si ayah.
Dan setelah di lahirkan. Rabiah merupakan kanak-kanak yang lain daripada yang lain. hidup kanak-kanaknya di habiskan dengan menghafaz dan melakukan kerja-kerja amal yang bermanfaat berbanding kanak-kanak yang lain. hinggalah usianya dewasa sedikit, ibu dan bapanya meninggal. ujian itu amat berat di terima. namun dia yakin Allah beri segalanya tanda Allah sayang pada mereka.
hidupnya dihabiskan dengan beramal ibadat pada Allah semata-mata. Nafsu berjaga beliau tunggangi yang selalunya sebagai manusia, kadang- kala nafsu menunggangi kita dalam mentafsir erti hidup. tapi tidak pada Rabiah. Hidupnya hanya di abdikan pada Allah semata-mata. ..
Apa kata kita sama2 ambil semangat seperti Rabiah, mungkin kita tak mampu menjadi seperti beliau, tapi kita contohinya serba sedikit moga sama2 kita jadi kuat...
wallahualam...
Tuesday, 24 July 2012
48. Ramadhan kekasihku sudah TIBA!!
Assalamualaikum pada semua yang pernah dan cuba menjengah ke Blog Keindahan Asrar... atas kesibukan yang berpanjangan, saya kesuntukan untuk mengupdatekan blog ini...insyAllah sekiranya punya waktu pasti saya akan ke laman ini untuk menitipkan sesuatu di laman ini..
Haaa.. sekarang dah masuk bulan apa ye? hmm bulan Ramadhan laa sahabat2.. alhamdulillah.. diam tak diam sudah 20 tahun Allah izinkan saya dan sahabat2 untuk bertemu kekasih kita... sudah hampir separuh tahun perut kita bekerja.. kini tiba masanya berehat seketika. hmm rehat.. rehat boleh disimpulkan untuk banyk maksud. rehat dari makan dan sebagainya.. bak kata tazkirah seorang ustaz dalam radio kegemaran saya, beliau menyatakan bahawa puasa tu ibarat menekan BREK dan ibarat MENEKAN MINYAK.
Hai pening2.. kejap minyak, kejap Brek kejap puasa.. haaa.. ada maksud semua tu sahabat2.. apa dia?
maksud brek bila puasa atau Ramadhan datang, kita brek daripada melaksanakan tugas2 selama ni secara berlebihan. kalau sebelum ni kita kuat bekerja untuk mencari rezeki siang malam, tambah pula dengan Overtime. ada juga yang hujung2 minggu pun bekerja demi sesuap nasi dan kesenangan untuk diri dan orang2 tersayang.. Malah ada juga yang sebelum ni belajar sampai hujung malam. selalunya pelajar yang masih belajar. Mula je jam 8malam hingga lah 12 malam, kadang2 tak henti duduk depan buku. hinggakan kadang2 tu terlena.. alahai... mesti letih.. kuat belajar namanya.. bagus..
jadi, bila dah berhempas pulas untuk bulan2 sebelum2 ni, apa kata datangnya Bulan Ramadhan ni kita brek kan sekejap overtime, kerja lebih hujung2 minggu, study hingga lewat malam dengan sama2 TEKAN MINYAK kejar ibadah terawih dan perbanyakkan ibadah. brek sekejap je. tapi tak bermakna lepas tamat je ramadhan kita kita tak tekan minyak dahtau.. kalau tak tak bergerak kenderaan kita nnt2.. :)
then sama2 kita TEKAN MINYAK untuk majukan dan pertingkatkan amal ibadah. insyAllah..
jom2...:)
Tuesday, 3 July 2012
47. Alhmdulillah segala puji bagi Allah
"Ramadhan bertemu lagi, inilah yang dinnt.." Alhmdulillah syukur kehadrat illahi kerana masih memberi kita kekuatan dalam menempuh sebuah kehidupan yang penuh pancaroba dan masih dipnjangkan usia untuk bernafas dalam bulan ramadhan yang bakal mendatang todak lama lagi.. alhmdulillah..
Jadikan ramadhan ini satu bulan yang terindah, jagn persia2kan segalanya pemberian Allah. moga dipermudahkan segala urusan.. dan berkat Kedatangan Bulan Ramadhan Allah kurniakan daku sebuah pertemuan dan kenangan yang terindah yang amat diharapkan selama ini pada hari ini.. syukur... :)
Jadikan ramadhan ini satu bulan yang terindah, jagn persia2kan segalanya pemberian Allah. moga dipermudahkan segala urusan.. dan berkat Kedatangan Bulan Ramadhan Allah kurniakan daku sebuah pertemuan dan kenangan yang terindah yang amat diharapkan selama ini pada hari ini.. syukur... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)