Tuesday, 24 July 2012

48. Ramadhan kekasihku sudah TIBA!!



Assalamualaikum pada semua yang pernah dan cuba menjengah ke Blog Keindahan Asrar... atas kesibukan yang berpanjangan, saya kesuntukan untuk mengupdatekan blog ini...insyAllah sekiranya punya waktu pasti saya akan ke laman ini untuk menitipkan sesuatu di laman ini..

Haaa.. sekarang dah masuk bulan apa ye? hmm bulan Ramadhan laa sahabat2.. alhamdulillah.. diam tak diam sudah 20 tahun Allah izinkan saya dan sahabat2 untuk bertemu kekasih kita... sudah hampir separuh tahun perut kita bekerja.. kini tiba masanya berehat seketika. hmm rehat.. rehat boleh disimpulkan untuk banyk maksud. rehat dari makan dan sebagainya.. bak kata tazkirah seorang ustaz dalam radio kegemaran saya, beliau menyatakan bahawa puasa tu ibarat menekan BREK dan ibarat MENEKAN  MINYAK.

Hai pening2.. kejap minyak, kejap Brek kejap puasa.. haaa.. ada maksud semua tu sahabat2.. apa dia?

maksud brek bila puasa atau Ramadhan datang, kita brek daripada melaksanakan tugas2 selama ni secara berlebihan. kalau sebelum ni kita kuat bekerja untuk mencari rezeki siang malam, tambah pula dengan Overtime. ada juga yang hujung2 minggu pun bekerja demi sesuap nasi dan kesenangan untuk diri dan orang2 tersayang.. Malah ada juga yang sebelum ni belajar sampai hujung malam. selalunya pelajar yang masih belajar. Mula je jam 8malam hingga lah 12 malam, kadang2 tak henti duduk depan buku. hinggakan kadang2 tu terlena.. alahai... mesti letih.. kuat belajar namanya.. bagus..

jadi, bila dah berhempas pulas untuk bulan2 sebelum2 ni, apa kata datangnya Bulan Ramadhan ni kita brek kan sekejap overtime, kerja lebih hujung2 minggu, study hingga lewat malam dengan sama2 TEKAN MINYAK kejar ibadah terawih dan perbanyakkan ibadah. brek sekejap je. tapi tak bermakna lepas tamat je ramadhan kita kita tak tekan minyak dahtau.. kalau tak tak bergerak kenderaan kita nnt2.. :)

then sama2 kita TEKAN MINYAK untuk majukan dan pertingkatkan amal ibadah. insyAllah..

jom2...:)

No comments:

Post a Comment