Thursday, 26 July 2012
49. Rabiah al adawiy
Bismillahirrahmanirahim.. Syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk mencoret di laman ini. Alhamdulillah kali ini saya sudah berjaya habiskan pembacaan buku ini. MasyAllah... tersentuh dan terusik. siapa Rabiatuladawiyah sebenarnya? anak siapakah beliau? bagaimanakah kehidupanya? jom saya kongsikan serba sedikit tentang isi buku ini.
siapa Rabiatuladawiyah?
Nama sebenar beliau adalah Rabiah yang bermaksud Empat. kerana beliau merupakan anak ke 4 dalam adik beradiknya. bapanya bernama ismail al adawiy. namun ramai yang memanggilnya sebagai adawiy. bapa Rabiah merupakan seorang yang warak dan sangat menekankan kehidupan Islam dan tarbiyah Islamiah dalam keluarganya. anak-anaknya semuanya perempuan. namun berjaya beliau mendidik menjadi anak-anak menjadi seorang yang patuh pada Allah dan ajaran agama.
REDHA sentiasa menjadi keutamaan dalam ahli keluarga ini. apa jua cabaran dan dugaan di serahkan pada Allah setelah berusaha. masyAllah.. pernah sewaktu isterinya mengandungkan Rabiah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah yang mengatakan bahawa bayi yang bakal di lahirkan itu adalah bayi yang istimewa. berdegup jantung si ayah.
Dan setelah di lahirkan. Rabiah merupakan kanak-kanak yang lain daripada yang lain. hidup kanak-kanaknya di habiskan dengan menghafaz dan melakukan kerja-kerja amal yang bermanfaat berbanding kanak-kanak yang lain. hinggalah usianya dewasa sedikit, ibu dan bapanya meninggal. ujian itu amat berat di terima. namun dia yakin Allah beri segalanya tanda Allah sayang pada mereka.
hidupnya dihabiskan dengan beramal ibadat pada Allah semata-mata. Nafsu berjaga beliau tunggangi yang selalunya sebagai manusia, kadang- kala nafsu menunggangi kita dalam mentafsir erti hidup. tapi tidak pada Rabiah. Hidupnya hanya di abdikan pada Allah semata-mata. ..
Apa kata kita sama2 ambil semangat seperti Rabiah, mungkin kita tak mampu menjadi seperti beliau, tapi kita contohinya serba sedikit moga sama2 kita jadi kuat...
wallahualam...
Labels:
Kongsi-kongsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment