Thursday, 26 January 2012

35. Salahuddin Al-Ayubi






Salahuddin al-Ayubi seorang Panglima Tentera Islam yang amat di kagumi. Ketokohannya dalam memimpin tentera Islam dengan teratur dan bijaksana menjadi garis panduan yang harus kita contohi. Strategi yang dirancang dan dilakar amat berkesan dalam setiap peperangan yang dipimpin. Sudah terang lagikan bersuluh, dalam sejarah islam Beliau berjaya menewaskan Tentera Salib yang dipimpin oleh Birnis dan Raja Reymond. Walaupun suatu ketika dahulu Tentera Salib ini sangat digeruni oleh negara-negara islam kecil yang lain. Namun, setelah kebangkitan Panglima Salahuddin al-Ayubi beserta sahabat beliau Bahauddin dan kekandanya, Panglima Syamsudin di Mesir, nama Islam kembali mekar di mata dunia.

Tentera Salib mula merasa gerun dengan kebangkitan tersebut. Namun, kerana wujudnya hasad dengki dalam kalangan pentadbir, Mesir sering menjadi ancaman Tentera Salib. kerana Harta, oangkat dan Darjat manjadikan manusia terkadang buta dengan hukum islam dan apa yang dilandaskan oleh Allah SWT.


Hingga suatu ketika Tentera Salib merangcang untuk menakluki BAITUL MAQDIS.

"Baitul Maqdis pernah ditawan oleh Tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khattab. Kemudian disebabkan perpecahan sesama umat Islam, Baitul Maqdis berjaya ditawan oleh Tentera Salib. Firasat saya mengatakan Baitul Maqdis akan ditawan semula oleh tentera Islam tidak lama lagi," Kata Bahaudin

Doa Salahuddin al-Ayubi:

"Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis dan jangan matikan kami sehingga kami dapat bersembahyang di Masjid Aqsa."


-Rujukan NOVEL SEJARAH ISLAM: Salahuddin Ayubi (PENAKLUK JERUSSALAM), tulisan Abdul Latip Talib-


P/s: 
*Anak-anak muda generasi kini bukalah mata, bahawasanya kita generasi kini semakin tenggelam dalam kemewahan dunia dan bersuka-suka, walaupun tidak semua. jadi bangkitlah kembalikan dan tegakkan semula syiar ISLAM yang dahulunya pernah di takluki oleh ISLAM..


* Wahai Mujahid wa Mujahidah, tegakkan tekad kita bersama memimpin ummah kearah  kecemerlangan Islam dunia dan akhirat.


* Moga ZURIAT-ZURIATku suatu hari kelak mampu aku dan suami didik menjadi insan yang sentiasa punya semangat jihad yang tinggi dalam menegakkan SYIAR ISLAM Berserta ayahanda mereka iaitu Suami tercinta.. wallahualam...
 


~Pesanan buat diri dan sahabat2 juga...moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.~

Friday, 20 January 2012

34. U.J.I.A.N- Ujian Juadah Indah Aku Nanti....



Habunallah Wanikmal Wakil : Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Ujian itu Rahsia yang paling indah

Kadang-kadang bila kita di timpa ujian atau kerisauan, gundah dan sebagainya, kita terasa diri kita ASING, asing daripada semua orang. ingin sendiri dan sebagainya. tapi ingat Allah tak pernah ASINGkan kita dan orang terSAYANG tak akan pernah asingkan diri daripada kita.. Malah sentiasa mendengar suara hati kita walau apapun keadaan dan di mana kita berada..


surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:
                          "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".








Nah.. Allah dah janjikan, sesiapa yang berdoa, Allah akan perkenankan.. tunggu apa lagi? jangan sia2kan tawaran Allah beri itu. Usah butakan hati kita dengan melayan segala bisikan2 yang menjadikan kita terkadang lemah. dari situ, MR TAN akan bersorak gembira bila kita termasuk dalam perangkap dia.. Nauzubillah..



Allah datangkan ujian untuk menguji diri kita sama ada kita mampu harungi dengan tabah dan sabar atau bagaimana.. tak dinafikan masing2 ada cara masing2 untuk selesaikan masalah, tapi pokok pangkalnya adalah semuanya akan kembali Pada Allah...ingatlah pesanan Allah..

"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).


Mungkin kadang2 kita terlepas pandang tentang semua ini. tapi yakinlah pada Allah bahawa ujian yang di HADIAHKAN itu bukan hadiah suka2 tapi menajdikan kita dewasa dan matang dalam mengatur dan mentafsir erti kehidupan. apa2 pun berdoa dan bertawakal.


surah Al-Maidah ayat 23:
"...dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman".

kesimpulannya, Hadiah U.J.I.A.N ini adalah tiket untuk kita berMERRA dan BerMANJA dengan Allah.. Allah beri peluang mungkin untuk kita Topup2 semula kekurangan dan kelemahan kita selama ini. Janji Allah dalam Surah Al-Insyirah di mana , sesudah kesulitan ada kemudahan.. jadi untuk kita cari kemudahan itu, apa harus kita lakukan? berpeluk tubuh? menangis? marah orang sekeliling? atau menjerit sekuat hati? 

Jawapannya TIDAK sama sekali. Mengadulah pada Allah dengan tangis air mata keinsafan penuh yakin, Allah tak pernah kecewakan kita. urusanlah Tekanan kita dan ujian itu sebaiknya.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui baik buruk sesuatu yang dihadiahkan. 

Jangan mudah mengeluh.. sayangilah orang yang kita sayang, moga resah dan ujian itu mampu kita kongsikan dan uruskan sebaiknya dengan izin-Nya.. wallahualam....

Sabar itu indah, walau terkadang payah, namun ianya datang menjengah, menjadikan diri kita dewasa.... 

P/s: ~ Berpesan pada diri juga yang serba kekurangan, iar mata menjadi teman saat UJIAN hadir, tapi kuat dan tabah.
~ Usaha terasa diri anda jauh atau asing daripada semua orang, tapi hakikatnya orang sekeliling sangat2 sayang akan diri anda, cuma mungkin memberi peluang dan ruang untuk anda fikir sematangnya. 

~Sama2 kita urusakan Tekanan kita dengan Zikir dan Solat Sunat.... insyAllah. Allah bantu... 

Barakallahu fih...

Buat insan tersayang, MOGA KITA SAMA2 DIBERI KEKUATAN dalam menangani setiap HADIAH yang Allah beri.. tanda Allah sayang pada kita...usah asingkan dirimu.. 

...::Demi-Nya Untukmu::...



 



Thursday, 19 January 2012

33. Bemula Cuti


Bermula sudah cuti.. alhmdulillah.. lama sangat2 rasanya tidak edit blog ni. kesuntukan masa menjadikan diri ini terkadang terkejar2 dalam menguruskan masa. Dan keadaan diri yang kurang sihat.

insyAllah.. dari masa ke semasa akan di updatekan blog ini. Moga masa cuti kita sma2 kita penuhi dengan perkara2 yang bermanfaat, memberi manfaat dan punya manfaat.. agar apa yang kita lakukan tak sia2. 

Doa agar diberi kekuatan dan ketabahan selayari sebuah kehidupan yang penuh cabaran ini.. 
~Allah is always with us!.. happy Holiday to all of us..~


Barakallahu fiq... Permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat ya Rabb... moga kami mampu bernafas dengan tenang dalam redhaMu..