Saturday 10 December 2011

30. Baitul Muslim.



Bismillahirrahmanirrahim...pertama sekali syukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang dan ruang masa buat diri ini untuk mencoretkan sesuatu di laman KEINDAHAN ASRAR ini. hmm Bila tgk sahaja tajuk entry kali ini bertambah pula dengan gambar pasangan di atas, pasti ramai yang sudah dapat menerka apa isi kandung entry kali ini.. al maklum la cuti sekolah pun dah menjelma.. pasti ramai pasangan2 yang dah pun selamat mendirikan masjid masing2...tahniah ana ucapkan....^_^

Ana juga tak terlepas dari menghadiri walimah sahabat kakak ana di negeri sembilan cuti baru2 ini.. alhmdulillah.. seronok melihat mereka mendiri kan rumah tangga.. moga mereka sentiasa bahagia dalam redha Allah hingga ke syurga... namun ada juga yang tak ketinggalan melangsungkan KHITBAH (pertunangan).. tahniah juga ana ucapkan.. moga perancangan kalian akan menbawa kalian ke jinjang pelamin dalam masa yang terdekat..



Dan ada juga yang sedang merancang2 untuk melangsungkan pertunangan sekaligus menikah dalam tempoh yang terdekat... molek bena- bak kata orang kelate,,,^_^ Tunang dan terus nikah...  dan ada juga yang merangcang BERTUNANG sahaja dulu sementara menanti habis belajar.. mana2 sahaja lah yang penting ke arah membina baitul muslim...

Bila kita sebut tentang Baitul Muslim.. apa yang kita faham tentang Baitul Muslim tu? ana tak mahir bahasa arab,, tahu sikit2 tu adalaa... RUMAH ISLAM.. apa yang di maksudkan dengan rumah islam?  iaitu membinaan sebuah rumah atau institusi keluarga islam.. kalau ana silap mohon sahabat2 betulkan ye.. ^_^ untuk membina Baitul Muslim, ada orang kata ;

"Apa yang susahnya, asal ada duit, suka sama suka, ada kerja, cinta.. cukuplah.. boleh kawin dah tu.."

"Kawin bila dah bersedia... ada pasangan, ada duit,,,"
ada yang lebih kasar lagi....

"Kalau dah gatal nak kawin tu, kawin je..duit boleh cari pas kawin.."

Alahai semudah itu ke Baitul Muslim yang ingin dibina atas dasar cinta? wang? suka sama suka?
benar semua itu HARUS ada,. tapi kita jangan lupa.. ILMU dalam melayari Baitul Muslim itu juga sangat2 penting.. tanpa ilmu, Cinta rapuh, ibarat gigi yang kurang kalsium.. (apa yang ana merepek ni..:) )

jadi nak bina Baitul Muslim perlukan persediaan yang lengkap terutamanya ilmu dalam melayari sebuah kehidupan TAHAP KEDUA.. 


"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi..." 

bukan boleh main2 larung ja .... mcm main pondok2.. bukan begitu ye sahabat2...(pesanan buat diri sendiri juga.. dan bakal suami tercinta...)

jadi siapkan diri seutuhnya... bersederhanalah dalam melangsungkan pernikahan agar Baitul Muslim terbina dengan kebahgian yang berkekalan... indah sampai ke syurga.... insyAllah..


Buat Dirimu... moga kebahgiaan akan menjelang... bukan HARTA menjadi pertaruhan, bukan WAJAH menjadi cagaran, bukan KISAH LAMA menjadi persoalan, tapi ILMU, AGAMA DAN IMAN yang menjadi pilihanku dan perhitunganku untuk memilihmu...wallahualam....

"Ya Rabbb, jangan Kau butakan mata hati kami dengan cinta yang berlandaskan nafsu....Jangan Kau sesatkan kami atas peta cinta bisikan Syaitan...Usah Kau dedahkan maruah kami pada mayapada yang penuh penipuan... kerana kami hnya seorang insan, punya fitrah dimana telah Kau campakkan rasa itu pada hati2 kami, maka kami mohon jauhi kami dengan tipu daya syaitan dan dunia yang penuh pancaroba... kukuhkan ikatan ini dengan tali keredhaanMu.... "
*USAH BERCINTA SEBELUM NIKAH.....INGAT TU SAHABAT2.....KENAL DENGAN RESTU KELUARGA DAN KHABARKAN PADA KELUARGA HASRAT ANTUM UNTUK KE ARAH ITU...." ^_^

1 comment: