Tuesday, 15 November 2011

27. Pengolahan erti hidup

Assalamualaikum w.b.t... alhmdulillah syukur kehadratIllahi.. hari ini di masih punya kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ana yang sudah lama tidak diperkemaskan ini di Fakulti Kejuruteraan Awan pada hari ini.. jam 230 petang ini ada short coures -efortfolio.. hm jadi sementara menunggu kehadiran pengtaklimat.. ana guna kanmasa ini unyukmencoretkan sesuatu disini utk perkongsian bersama....

Minta maaf pada pelawat2 dan follower yang mengikuti perkembanagn blog KEINDAHAN ASRAR ini.. kerana kesibukan dalam menuntut iklumu terkadang membuatkan ana sukar utk meninjau2 blog ini dan baiki serta tambahkan yang mana perlu... isyAllah akan cuba baiki dan tmbah2kab serta kongsikan serba sedikit ilmu yang ada utk sahbat2 semua mohon sahabat2 juga turut kongsikan ilmu ya... insyAllah.. ilmu yang sedikit apabila dikongsikan bercambah menjadi banyak... wallahualam...

jadi the moral of story adalah.. jangan buang masa.. gunakan masa yang sedikit ini dengan amalan atau perkara2 yang bermanfaat.. isnyAllah...:)

ingtalah sesungguhnya manusia dalam kerugian.. moga kita semua tak tergolong dalam golongan tersebut.. nauzubillah.. jaga diri ye sahabat2 semua... ilalliqa...

Monday, 26 September 2011

26. Kembali menukil..

Assalamualaikum sahabat2 semua.. minta maaf kerana sudah hampir sebulan ana tinggalkan sesawang ini tanpa meng'update'nya... kesibukan dunia terkadang membuatkan ana tidak menang tangan untuk menukilkan sesuatu di laman ini.. setakat termampu ana nukil di sini..

Hari ini, ana nak kongsikan sesuatu tentang BERPIJAK PADA BUMI NYATA. apa kah itu? hehe


ber[ijak pada bumi yang nyata. pastikan diri kita tak tersilap dalam mengletakkan kaki pada setiap keputusan..  minta maaf sahabat2.. ana kekurang idea sekarang.. tak mampu saat ini..

ana sambung di kemudian hari ye. isnyAllah... moga sentiasa dilimpahi rahmat Nya..


Tuesday, 30 August 2011

Contest Aku Berpuisi- Pejuang Syahid




Cakna aku pada gempita seberang
Menepuk bahu, sapaan suara rintihan
Terpantul gelisah, perih dan sengsara
Pada wajah yang basah
Dengan darah jihad fi sabilillah.

Hujung mata pedang; senjata
Percaturan di pertikai
Nyawa atau maruah agama
Raga dibedil hancur di cincang
Kalimah ‘La ilahaillallah’
Cair mengalir pada urat-urat semangat
Bercampur haruman darah Syahid.

Lantang suara memecah ruang
Ngauman tentera Islam
Memecah bentala, menembak segala isi dunia
Berkecai; bertaburan semangat zionis
Seinci cuma tertinggal.


Sentuhan Tinta:
S. ATIQAH SAID..





Link sahabat-sahabat:



Thursday, 11 August 2011

25. Senyum Tak Perlu Berkata apa-apa...






 "SENYUM TAK PERLU BERKATA APA-APA.." Hmm.. pasti ramai yang pernah mendengar perkataan ini kan..senyum. bila kita sebut tentang senyum,  pasti kita terfikir ;
- senyum bila orang lain buat lawak
- senyum bila terdengar cerita lawak
- senyum bila terbuat lawak
- senyum bila teringat orang tersayang.

TAPI...

Cuba kita tengok-tengok semula.. bila kita di timpa musibah.. adakah kita mampu tersenyum? misal kata, kita dapat result peperiksaan. tak kisahla sama ada baik atau kurang memuaskan, apakah riak wajah kita?  marah? sedih? berduka? atau  TERSENYUM? atau buat2 tak tahu? jawapan itu pilihan pada teka teki wajah anda.. tapi tak mustahil kita sedih kalau dapat result tak brapa elok dan muka moyok ja..tapi usahlah  berpanjangan kemoyokannya., cuba rasionalkan akal, bisik pada hati..

"..ini hadiah dari Allah, UJIAN hadiah dari Kekasih Agung... yakin bahawa semua yang diberi-Nya ada hikmah yang penuh rahsia di sebaliknya. sesungguhnya Dia yang memberi ujian dan DIA jua penunjuk jalan.."


Nah... apa lagi, sebagai muslim sejati, usah segan, malu, malas atau keberatan menjamahkan anggota dgn dengan WUDUK, menganggkat tangan memohon doa dan bantuan, menjuadahkan malam dengan hidangan air mata keinsafan. usah malu dan kelu.. kerana manusia insan lemah yang sentiasa mengharapkan bantuan dan bergantung pada-Nya sentiasa..


Jadi..selepas ini usahlah menawarkan wajah masam pada pada sahabat2, usah menyambut alam dengan kemuraman, tapi hiasi dengan pacaran SENYUMAN seikhlasnya kerana Allah..


Tak perlu bayar pun untuk senyuman terindah. hanya senyum dan senyum..tapi janganlah senyum sorang2 ye..dikhuatiri org bersangka lain pula...



"..jadi senyumlah.... seikhlasnya kerana Allah...^_^.."

wallahualammm.....

Tuesday, 9 August 2011

24. Cerpen: Ayat Terakhir (4)


 (Sambungan daripada sedutan Ayat Terakhir (3))
Selamat membaca....


“Doktor!! Doktor!! Nurse!! Nurse!!” jerit Syafiq memanggil doktor sambil air matanya mula membasahi pipi.
“Ira mengucap, Ira. Mengucap..” pinta Syafiq kepada Syakira berkali-kali sambil mengajar Syakira mengucap.
Ayah dan ibu Syakira turut melakukan perkara yang sama. Seketika kemudian, Syakira menghembuskan nafas yang terakhir selepas melafazkan kalimah syahadah kemudian berkata,
“Ayah, umi, abang, ira sayang abang, umi dan ayah... maafkan ira..ira..” Puan Syazana tidak berhenti menangis di samping tubuh Syakira sambil ditenangkan oleh suaminya, Encik Nazif. Sementara itu, Syafiq juga turut menangis. Kini barulah dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Syakira ‘tak sempat’ semasa mereka di pantai.



~~~~TAMAT~~~~
Sekian sahaja cerpenAYAT TERAKHIR buat kali ini...alhmdulillah cerpen AYAT TERAKHIR yang mempunyai 5 muka surat semuanya telah berjaya di kongsikan bersama di blog ini dengan mempunyai 4 siri...moga2 memberi manfaat kepada sahabat2.....

....AYAT TERAKHIR menyediakan wadah buat sahabat2..moga Allah sentiasa merahmati kita semua....

wallahualam.....ilalliqa...bertemu lagi di ruang waktu yang lain...

Monday, 8 August 2011

23. Cerpen: AYAT TERAKHIR (3)



"Sambungan sedutan AYAT TERAKHIR (2)..selamat mebaca dan menghadam cerpen ini..moga memberi manfaat.."



“Abang, jom kita pergi jalan-jalan kat tepi pantai. Dah lama tak pergi kat sana,” ajak Syakira.
“A’ah la. Dah lama kan kita tak pergi kat sana sama-sama. Tapi, sebelum tu abang nak pergi sembahyang dulu.. Ira dah sembahyang ke?” tanya Syafiq.
“Dah.. cepatla bang.. orang rindu sangat kat pantai tu.. nanti tak sempat pulak orang nak tengok pantai tu buat kali terakhir..” jawab Syakira. Dulu Syafiq memang selalu bawa Syakira ke pantai. Di sana mereka akan meluahkan isi hati masing-masing. Cuma sejak akhir-akhir ni, Syafiq jarang bawa Syakira ke pantai kerana sibuk dengan kerja. Tambahan pula, kesihatan Syakira yang agak merosot sejak akhir-akhir ni.
            “Keheningan malam membangunkan, kepayahan jiwa meluahkan andai...” tiba-tiba lamunan Syafiq terhenti apabila handphonenya berbunyi.            
“Hello,siapa tu?” tanya Syafiq kepada si pemanggil dengan nada yang lemah. “Hello, fiq. Aku ni, Iwan. Ayah ngan adik ko macam mana? Ok ke?” tanya Izwan, rakan karib Syafiq juga rakan sekerjanya. Izwan menganggap Syafiq macam adiknya sendiri. Syafiq hanya muda 3 tahun daripada Izwan.
            ”Erm, entah la.. Tapi ayah aku dah sedar dah.. baru je tadi..Cuma adik aku je belum sedar lagi. Wan nanti tolong bagitahu boss, aku ambik cuti emergency tau.. 3 hari, nak jaga adik aku,” kata Syafiq.
“Ok!! Okla, aku tak boleh lama-lama ni nanti boss marah pulak.. aku pakai phone office ni.. ok, nanti kirim salam kat mak  dan ayah ko.. bye!! Assalammualaikum!!” jawab Izwan kemudian menamatkan talian dengan salam.
“ Waalaikumussalam!!” jawab Syafiq.
Selepas menunaikan solat Zohor di Surau, Syafiq teringat akan kata-kata adiknya.
“Abang, Ira dah masuk juzuk 30 Cuma ada 5 surah je lagi belum habis.” kata Syakira kepada Syafiq.
 “Emm, pandai adik abang ni.. tapi kenapa tak habiskan je lagi 5 surah tu?” tanya Syafiq.
“Heheheh.. saja je..Ira nak suruh abang dengar ira baca surah terakhir tu.. lepas tu Ira nak dengar abang baca pulak.. suara abang sedap..” petah Syakira menjawab.
            “Ye ke suara abang sedap?” tanya Syafiq seolah-olah dia tak tahu akan jawapan yang dia sendiri tahu.
“Ye, sedap..Abang, Ira nak cakap sikit boleh tak?” tanya Syakira dengan nada yang teragak-agak.
            “Boleh.. cakapla, apa dia? Macam ada yang tak kena je..” jawab Syafiq yang kebingungan dengan sikap adiknya yang berbeza sejak akhir-akhir ni.  
“Erm..erm... abang, kalau Ira tak sempat habis baca 5 surah tu, abang tolong bacakan untuk Ira ye..” tergagap-gagap Syakira menyuarakan hasrat hatinya.
“Apa yang Ira cakap ni? Kenapa pulak tak sempat? Merepek je la budak ni.. dah.. dah.. jom kita balik. Hari jumaat minggu depan kita baca sama-sama..Ok?” kata Syafiq yang semakin bingung. Tapi cepat-cepat dia menghalau perasaan tidak sedap hatinya itu..
“Cik..cik..telefon cik berbunyi..” Syafiq tersedar apabila dikejutkan oleh pengguna surau itu juga yang mengatakan telefon bimbitnya berbunyi.
“Eh.. terima kasih..” kata Syafiq dalam keadaan yang masih mamai...
            Tergesa-gesa Syafiq berlari ke wad di mana adiknya di tempatkan selepas mendapat tahu adiknya sedang nazak dan mahu bertemu dangannya.
“Ira.. Ira.. ni abang ni, Ira..” Syafiq memanggil adiknya berkali-kali. Kelihatan keadaan adiknya sangat lemah.
“ Ira.. abang ni.. mengucap dik, mengucap.” kata Syafiq berulang kali supaya adiknya mengucap sambil air matanya mula menitis..
            “Abang.. boleh tak abang tolong bacakan Ira surah-surah tu? Ira tak larat nak baca sendiri. Ira penat sangat, boleh?,” amat lemah Syakira berkata-kata sehinggakan Syafiq terpaksa mendekatkan telinganya ke mulut Syakira..Syafiq terkedu seketika. Dia teringat akan kata-kata adiknya tempoh hari. Dengan segera Syafiq mengambil Al-quran di atas meja yang dibawanya tempoh hari dan membacakan 5 surah terakhir yang dikatakan oleh Syakira. Ayah dan ibu Syafiq turut melakukan perkara yang sama seperti Syafiq lakukan.
            Tiba-tiba, Syakira sesak nafas semasa ayat terakhir dalam surah terakhir yang dibacakan oleh ayah, ibu dan abangnya. Ayah dan ibu Syakira kaget. 


BERSAMBUNG........



"Yakin pada-Nya...yakin Allah sentiasa bersama walau di mana jua berada.."

Sunday, 7 August 2011

22. Cerpen: Ayat Terakhir..(2)






 *sambungan daripada episod cerpen AYAT TERAKHIR (1)...selamat mambaca...



“Macam ni.. Encik Nazif cuma mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan kaki kanannya..” doktor Hanafi menjelaskan keadaan pesakitnya iaitu ayah kepada Syafiq dan Syakira serta suami kepada Puan Syazana.
            “Ooo.. begitu.. erm, bagaimana dengan keadaan adik saya pulak doktor?” tanya Syafiq, sementara Puan Syazana hanya mendengar. Dia bagai hilang semangat untuk berkata-kata.
            “Emm, sebelum tu boleh saya tanya sikit? Sebelum ni adik Cik ada sakit apa-apa tak? Maksud saya sakit yang agak kronik.” Tenang sahaja Doktor Hanafi bertanya kepada Syafiq yang sejak tadi ingin tahu benar tentang adiknya. Tiba-tiba Puan Syazana bersuara...
“Tak ada, doktor. Cuma sejak akhir-akhir ni dia demam teruk dan selalu mengadu sakit kepala yang teramat. Tadi, selepas dapat panggilan daripada pihak polis yang mengatakan suami saya accident, saya terdengar suara dia memanggil saya. Tapi bila saya masuk bilik, saya tengok dia dah terlentang di lantai, doktor,” jelas Puan Syazana sambil menangis di bahu Syafiq.
            “Apa? Kenapa umi tak bagitahu fiq?” tanya Syafiq kepada Puan Syazana dengan terpinga-pinga.
“Umi tak nak kau susah hati, Fiq.. Maafkan umi, Fiq.” Termenung Syafiq sambil mendengar penjelasan ibunya.
            Sementara itu, Doktor Hanafi hanya melihat dan mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh dua beranak itu. Dia hanya berdiam diri seakan memahami keadaan mereka yang sedang rungsing. Seketika kemudian, Doktor Hanafi bersuara.
“Baiklah, macam ni, cik, setelah pihak kami membuat pemeriksaan ke atas adik cik, sebenarnya adik cik bukan sekadar demam biasa, tapi dia disyaki menghidapi penyakit yang lebih serius yang menyebabkan dia selalu pengsan seperti ibu cik katakan tadi,” kata Doktor Hanafi.
“Maksud Doktor?” tanya Syafiq.
“Erm, adik cik mungkin menghidapi cencer otak. Tapi itu hanya andaian kami sahaja melalui tanda-tanda yang dapat kami kesan. Keputusan sebenar belum kami terima. Mungkin dalam seminggu lagi keputusan dikeluarkan. Sabarlah cik. Berdoalah moga-moga adik cik terhindar daripada sebarang penyakit,” jelas Doktor Hanafi sambil cuba menenangkan Syafiq dan Puan Syazana yang kelihatan semakin bimbang. Seketika kemudian mereka pun beredar daripada bilik Doktor Hanafi dan terus ke wad Syakira kemudian ke wad Encik Nazif . Setibanya di wad Syakira, Puan Syazana terus memeluk tubuh anak tunggalnya sambil menangis di samping Syakira.


BERSAMBUNG




"..moga memberi manfaat pada sahabat2 semua...sambunagn cerpen ini akan menyusul kemudian..."
syukran...ilalliqa;..