Friday, 23 December 2011

32. Final sudah hampir

Bismillahirrahmanirrahim...syukur pada detik ini, sudah tiba penghujung tahun. bagi adik2 yang masih bersekolah, diucapkan selamat kembali ke sekolah dengan semngat yang baru.. tapi buat akak-akak dan abang-abang yang sudah melepasi alam persekolahan, diucapkan selamat bertungkus-lumus dalam berjuang di medan perang tak lama lagi.. masing2 akan sibuk dengan peperiksaan dan mungkin masa menjadi akan menjadi sasaran utama bagi pelajar2 universiti terutamanya,

hal ini kerana, kesuntukan masa untuk di urus terkadang menjadikan kita tension.. sebb suka buat kerja last2 minute.... masyAllah. moga kita semua terhindar drpada semua itu..

apa2 pun SELAMAT BERJUANG SAHABATKU!!





Pesanan buat sahabat2 dan juga diri ini....:





Masa nak menanti kehadiran risikan exam, kena rajin2 bersiap sedia, jangan down dengan result2 yang lepas..... cuba tersenyum dan think positive, yakin Allah bantu....








Dan jangan terlalu tertekan bila tak dapat capai target nak stdy subjek apa pada hari ini (walaupun diakui kadang2 tertekan +_+)  baca doa TERANG HATI-mohon di lapangkan dada dan fikiran. jangan pernah anggao stdy itu boring.... itu konsep yang kurang elok...!

Pesanan ummi ana: Tarik nafas, selawat serta baca ayat kerusi, terang hati dan alFatihah... kemudian tarik nafas, tahan beberapa saat, sambil tu selawat kemudia baru lepaskan...ok? ^_^




 Lepas tu cuba cari mood semula dengan mengingati semjula kejayaan2 yang pernah kita lalui sehingga kita mampu untuk berjaya hari ini.. takkan disebbkan tak ada mood nak stdy kita nak hancurkan menara kejayaan kita yang kita cuba bina sejak kecil lagi.. kan? try to think it when you under stress!! (me tooo!)






Jangan stdy last2 minutes... tapi kadang2 kalau itu yang membantu, silakan. tapi tak elok untuk kesihatan kalau sering buat macam tu,,, cuba elakkan,.,, nnt jadi macm tuu....----->



SO atur masa anda sebaiknya... jangan buang masa.. kalau rasa2 stress to cpt2 pergi ambil WUDU' dan SOLAT SUNAT...kalau stress juga ambil nota cinta kita, BACA DAN SELAMI...(AL QURAN)....

SEMOGA BERJAYA SAHABAT.. BUAT DIRI KU JUGA....


Semoga Berjaya. Bittaufiq wan najah fil imtihan fiddunia wal akhirah...good luck!

Friday, 16 December 2011

31. Memilih atau Dipilih....

Alhmdulillah hari ini ana nak kongsi ilmu tentang MEMILIH DAN DI PILIH.. hmmm memilih dan di pilih.. seronok dengar tu.. macam nak pilih baju raya pula... pilih hadiah.. kuih raya.. tapi apa yang cuba di sampaikan di sini bukanlah memilih baju, kuih atau apa2.. memilih dan dipilih di sini adalah dari aspek MEMILIH DAN DIPILIH PASANGAN..


tengah hari tadi ana berpeluang ke majlis ilmu yang membincangkan tajuk ini.. seronok.. maklumla pelajar2 Universiti sekarang makin rancang membincangkan soal memilih dan di pilih.. sudah menganjak ke alam dewasa la katakan.. tipula kalau tak ada langsung tercuit hati untuk berpasangan..cuma bila hati dah mula terketuk untuk mencari sesorang sebagai peneman hidup, perlulah ada batasan2 dan syariat2 yang perlu kita ikut.. bak kata ustazah ana di sini..



"Perkahwinan itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukan daripada kalangan umatku.."
(Riwayat Al Bukhari)

Hadis di atas jelas tentang perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah saw.. tapi bila sebut tentang kahwin, kena ada SYARAT-SYARATNYA...

Apakah syaratnya? jom kita rungkai..


@Perkahwinan amat digalakkan
@Memilih dan dipilih adalah proses yang perlu dilalui
@Menolak cinta yang bergelumang dengan dosa
@Jodoh tak datang bergolek
@tak boleh memisahkan persoalan Jodoh dan Usaha
@Berusaha dalam LINGKUNGAN AGAMA
@Jodoh sudah ditentukan Allah sejak azali lagi..

hmm nak kongsi sikit.. pernah ada seorang hamba ini cerita pada ana bahwa dulu ada orang minat pada nya secara senyap2.. langsunng tak beritahu atau suarakan hasrat hatinya... dan sekarang hamba Allah ni sudah pun bernikah dan punyai anak 4 orang.. haa... tengok.. ni la yang dikatakan rezeki tak datang bergolek tanpa usaha.. kenapa ana ckp mcm tu.. sbbb cuba tgkk lelaki tu pemalu sgt hingga melepas wanita yang benar2 dia sayang...

p/s: bukan tak boleh pemalu. tapi pemalu bertempat.. kalau malu sgt.. gunakanlah irangtengah itu sebaik2nya... jangan bila wanita tersebut dah mendirikan rumah tangga baru nak suarakan hasrat hati.. ketika itu sudah terlewat.. dan bila sudah sampaikan hasrat hati lekas2la jumpa keluarga wanita tersebut.. dan meminangnya segra... khuatir ada yang memerhati... gigit jari pula nnt.. tapi insyAllah kalau jodoh telah tertulis untuk kalian.. tak kemana. tapi USAHA ITU PENTING.. JANGAN DUDUK DIAM SAHAJA..... INGAT TU...


(pesanan buat dan bakal teman hidup juga.....^_^)







jangan lupa istikharah ye sahabat22.. untuk mengukuhkan suara hati dan pilhan hati... mohan agar Allah tetapkan hati kita dengan pilihan kita.. dan jgn lupa dptkan restu ibu bapa kita... kerana...
 "Redha Allah TERHENTI pada redha kedua ibubapa "

BILA IBU BAPA KITA REDHA , ALLAH JUGA REDHA.. WALLAHUALAM..

(BUAT BAKAL TEMAN HIDUPKU HINGGA KE SYURGA, MOGA PROSES MEMILIH DAN DIPILIH ITU BERLANGSUNG ATAS LANDAS IMAN DAN TAQWA.... )





Saturday, 10 December 2011

30. Baitul Muslim.



Bismillahirrahmanirrahim...pertama sekali syukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang dan ruang masa buat diri ini untuk mencoretkan sesuatu di laman KEINDAHAN ASRAR ini. hmm Bila tgk sahaja tajuk entry kali ini bertambah pula dengan gambar pasangan di atas, pasti ramai yang sudah dapat menerka apa isi kandung entry kali ini.. al maklum la cuti sekolah pun dah menjelma.. pasti ramai pasangan2 yang dah pun selamat mendirikan masjid masing2...tahniah ana ucapkan....^_^

Ana juga tak terlepas dari menghadiri walimah sahabat kakak ana di negeri sembilan cuti baru2 ini.. alhmdulillah.. seronok melihat mereka mendiri kan rumah tangga.. moga mereka sentiasa bahagia dalam redha Allah hingga ke syurga... namun ada juga yang tak ketinggalan melangsungkan KHITBAH (pertunangan).. tahniah juga ana ucapkan.. moga perancangan kalian akan menbawa kalian ke jinjang pelamin dalam masa yang terdekat..



Dan ada juga yang sedang merancang2 untuk melangsungkan pertunangan sekaligus menikah dalam tempoh yang terdekat... molek bena- bak kata orang kelate,,,^_^ Tunang dan terus nikah...  dan ada juga yang merangcang BERTUNANG sahaja dulu sementara menanti habis belajar.. mana2 sahaja lah yang penting ke arah membina baitul muslim...

Bila kita sebut tentang Baitul Muslim.. apa yang kita faham tentang Baitul Muslim tu? ana tak mahir bahasa arab,, tahu sikit2 tu adalaa... RUMAH ISLAM.. apa yang di maksudkan dengan rumah islam?  iaitu membinaan sebuah rumah atau institusi keluarga islam.. kalau ana silap mohon sahabat2 betulkan ye.. ^_^ untuk membina Baitul Muslim, ada orang kata ;

"Apa yang susahnya, asal ada duit, suka sama suka, ada kerja, cinta.. cukuplah.. boleh kawin dah tu.."

"Kawin bila dah bersedia... ada pasangan, ada duit,,,"
ada yang lebih kasar lagi....

"Kalau dah gatal nak kawin tu, kawin je..duit boleh cari pas kawin.."

Alahai semudah itu ke Baitul Muslim yang ingin dibina atas dasar cinta? wang? suka sama suka?
benar semua itu HARUS ada,. tapi kita jangan lupa.. ILMU dalam melayari Baitul Muslim itu juga sangat2 penting.. tanpa ilmu, Cinta rapuh, ibarat gigi yang kurang kalsium.. (apa yang ana merepek ni..:) )

jadi nak bina Baitul Muslim perlukan persediaan yang lengkap terutamanya ilmu dalam melayari sebuah kehidupan TAHAP KEDUA.. 


"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi..." 

bukan boleh main2 larung ja .... mcm main pondok2.. bukan begitu ye sahabat2...(pesanan buat diri sendiri juga.. dan bakal suami tercinta...)

jadi siapkan diri seutuhnya... bersederhanalah dalam melangsungkan pernikahan agar Baitul Muslim terbina dengan kebahgian yang berkekalan... indah sampai ke syurga.... insyAllah..


Buat Dirimu... moga kebahgiaan akan menjelang... bukan HARTA menjadi pertaruhan, bukan WAJAH menjadi cagaran, bukan KISAH LAMA menjadi persoalan, tapi ILMU, AGAMA DAN IMAN yang menjadi pilihanku dan perhitunganku untuk memilihmu...wallahualam....

"Ya Rabbb, jangan Kau butakan mata hati kami dengan cinta yang berlandaskan nafsu....Jangan Kau sesatkan kami atas peta cinta bisikan Syaitan...Usah Kau dedahkan maruah kami pada mayapada yang penuh penipuan... kerana kami hnya seorang insan, punya fitrah dimana telah Kau campakkan rasa itu pada hati2 kami, maka kami mohon jauhi kami dengan tipu daya syaitan dan dunia yang penuh pancaroba... kukuhkan ikatan ini dengan tali keredhaanMu.... "
*USAH BERCINTA SEBELUM NIKAH.....INGAT TU SAHABAT2.....KENAL DENGAN RESTU KELUARGA DAN KHABARKAN PADA KELUARGA HASRAT ANTUM UNTUK KE ARAH ITU...." ^_^

Thursday, 1 December 2011

29.Terluka dan dilukai...

Salam jumaat yang tenang....hari ini pelbagai ujian yang hadir.. syukur krn Allah masih memberikan ujian itu buat diriku.. tapi insyAllah masih mampu harungi.. buat sahabat2 apa khbr semua? moga sentiasa dlam redhaNya...

hmm kadang2 bila kita dalam kebahagian kita seakan lupa org yang sedih.. tapi bila dah sedih terlupa pula meraikan orang yang gembira.. begitulah manusia yang terkadang suka mengeluh.. tapi ingat, kehadiran seseorang dlam hidup kita terkadang membawa cahaya, bila dah dpt jgn mudah2 lepaskannya...dan kehadiran seseorang itu usah dipersiakan dan disakiti sesuka hati. seperti yang kita maklum, bila hati sudah terluka, pastinya meninggalkan kesan yang mendalam, bila dah ada kesan, dan luka pasti mengambil masa yang lama untuk ubat..

nak tahu sesuatu? kadang2 kita buat2 tak endah je pada seseorang yang hadir dalam hidup kita.. malah mudah je kita sakitinya tnpa kita sedar, alih2 sudah terluka rupanya orang tu. kesian dia... niat kehdiran untuk menjadi peneman dan penghibur, tapi kerana emosi dan hormon yang berubah2, mangsanya dia... namun, terkadang org yang terluka tu biarkan je hatinya dilukai dan masih tampil dengan senyuman dan riang tawa kebahgian, untuk memastikan org yang dia sayang sentiasa selesa dan tenang meskipun terpaksa korbankan bahagia jiwa yang telah dirobek tadi.. alahai. sedihnya mcm tu.. macam tak adil kan? tapi itulah lumrah khdpn, pasti salah satu kena mengalah...

Tapi tak apalah, asalkan jiwa keduanya tenang dalam rahmatNya,. mungkin org yang melukai itu belum perasan yang org yang dilukainya itu terluka dan cuba berpura2 kelihatan tenang pada tindakan, laku dan bicaranya,,, kan?

"Diam itu lebih indah dari berbicara.. Kalau terluka ubati dengan zikir dan beri ruang pada diri utk terima "sahabat" Itu seadaanya.. barulah org mampu terima kita seadaanya.. insyAllah...."

28. Hapuskan air mata....

"Orang kata kalau air mata tumpah maknanya kita tengah sedih. Ada juga orang kata kalau air mata kita kita sedang bersedih, ada juga orang kata kalau air mata kita tumpah, kita sedang gembira, ada yang kata, masuk habuk, sakit mata dan bermacam-macam persepsi tentang air mata.."


Tapi yang tumpah semalam, hari ini dan esok (insyAllah, andai masih diberi peluang olehNya untuk mengalirkan air mata) adalah kerana rasa yang wujud.. dunia penuh dengan pancaroba.. setiap hari yang mendatang adalah satu hadiah yang tak sukar dilupakan. setiap saat adalah kisah yang mampu mengalirkan air mata. meski kita mendapat markah yang tinggiu sekalipun dalam peperiksaan, kan? inikan pula ujian yang berat2, contohnya kepayahan menjalani hidup. kesukaran mengajar kita erti kedewasaan. hmm, jadi air mata kalian tumpah disebabkan apa ye?

Suka, sayu, sedih? mana satu? tepuk dada tnya jiwa. tapi jangan biarkan air mata itu mengalir kerana perkara2 lagho.. contohnya menangis sebab tengok cerita hindustan, orang kata TOUCHING... alahai.. kenapa nak touching dengan cerita hindustan? cuba tengok dan selak2 nota2 CINTA KITA,, alaa yang ada tulisan jawi2 tu. kadang2 ada tafsir sekali.. indahnya.. ada dua bahasa yang boleh kita belajar dan dalami.. BAHASA MELAYU DAN ARAB.. kalau air mata tumpah sebab baca nota cinta tu kan best.. barula sesuai di katakan TOUCHING... sbb touching baca ayat2 cinta kekasih kita Yang Satu.. sbb ayat2 tu lah insyAllah kan membantu kita danberi syafaat di SANA nnt.. cerita hindustan tak mampu beri syafaat di SANA... hnya beri kita touching kat sini je.. hmm tak best kan.. :)

wallahualm...

~SEINDAH wajah Alquran, begitulah jauh lebih indah isi2nya yang mampu menyentuh setangkai nurani, moga istiqomah melakukannya...~

Terima kasih kepada pemberi Alquran ini pada diri ini yang masih dalam kekurang, misi mencari dan membaiki lobang-lobang kosong dalam diri.. moga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.....


sekian sahaja buat kali ni buat sahabat2.....

ingat tumpahkan lah air mata kerana perkara2 yang membawa bermanfaat. kadang2 air mata adalah teman istimewa kita saat sendiri malah bertemu dengan KEKASIH kita pun air mata terkadang tak lekang, sentiasa menemani diri yang hina,,,,, 


WALLAHUALAM........