Thursday, 22 November 2012

51. Faktor-faktor jiwa kacau.. kenali diri... ^_^


22 Nov 2012=8 Muharram 1433, khamis, 10:27 malam

Bismillahirahmanirrahim. syukur kehadrat Illahi kerana masih mengizinkan saya untuk mencoretkan sesuatu perkongsian di ruangan yang sudah lama saya tinggalkan sekian lama.. Masy-Allah.. rindu untuk berkongsi ilmu bersama-sama sahabat. Alhmdulillah malam ini Allah gerakkan hati untuk sama-sama kita terus berukhuwah di laman yang serba kekurangan ini.. kata orang perak, 'Moh le kita sama2 tarbiyah diki kite ke arah  mencari redha Allah untuk saham di SANA nnt. subhanAllah...

alhmdulillah, pada petang tadi saya berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ilmu yang membincangkan tentang TANGANI KONFLIK JIWA... oleh ustaz HIZBUR RAHMAN, merangkap imam muda.. subhan Allah..

Daripada majlis ilmu tersebut, banyak perkongsian yang ustaz telah sampaikan. walaupun jumlah pelajar yang hadir pada petang tadi kurang memberangsangkan pada awalnya, tapi alhmdulillah, akhirnya semuanya berjalan dengan lancar..

hmm tanpa melengahkan masa, jom sama2 kita selongkar isi2 penyampaian majlis ilmu petang tadi...

Faktor2 JIWA KACAU:

1. Tinggal solat atau tak cukup solat.
- ingatlah bahawa perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah adalah SOLAT.

2. Tak pernah khatam AL QURAN
- Al Quran adalah panduan kita, jadi sama2 kita hayati isi kandung AQ..

3. Tidak pernah duduk dalam majlis zikir atau ilmu
4.Tidak mengaku kesilapan sendiri
5. Rasa sempit dada
6. Seronok dengan pujian
7. Sentiasa mahu dipilih.
8. Tak tunaikan hak orang lain
9. Syok sendiri
10. tiada prinsip dalam agama
11. Tidak bangga dengan kelebihan kawan2
12. Tidak pernah berwuduk...
- Nabi Muhammad SAW pernah di tanya bagaimana baginda dapat mengenal umat baginda pada masa semua manusia dihimpunkan  di padang mahsyar.. APAKAH yang dijawap Rasulullah?

jawapnya: Ada tanda bekas wuduk pada anggota-anggota wuduk pada ummatku...

Masya-Allah...

Wuduk bukan sahaja satu amalan yang saja2 tapi satu amalan yang menjana masa depan kita. hinggakan Rasulullah dpat mengenal pasti kita adalah ummatnya.. (jangan pandang enteng..)

Jadi, wahai sahabat muslimin wa muslimat... ingatlah... bilamana jiwa kita tidak tenteram
ambillah wuduk, dan berzikir dan bacalah AQ.. agar ketenangan berpihak pada anda..

Allah Maha penerima TAUBAT...

taqabballah...

belum terlambat untuk kita sama2 luruskan jiwa kita agar tidak kacau dengan ganggu2 yang tidak sepatutnya..

insyAllah di lain waktu saya akan kongsikan lagi tentang bagaimana untuk mendapatkan ketenangan...

"AL QURAN itu mukjizat yang istimewa.. penawar sanubari buat semua.. "