Friday, 16 March 2012

43. Kepentingan AKHLAK Islamiyyah.




Bismillahirrahmanirrahim.. syukur kehadrat illahi kerana setelah sekian lama tidak menjengah2 laman blog KEINDAHAN ASRAR ini atas kesibukan dan internet yang sering buat masalah... namun insyAllah hikmah Allah lebih mengetahuinya.. pertama dan selamanya syukur kehadrat Illahi masih ada peluang dan umur yang bersisa untuk mencoretkan sesuatu di sini..

"Teguhnya suatu umat itu adalh kerana akhlaknya, sekiranya hilang akhlaknya, maka hilanglah umat tersebut" -Antara perpatah2 Arab.

Apakah kepentingan akhlak yang sering ditekankan dalam Islam?

1. Melahirkan umat yang bertamadun dan dihormati..

-Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama. sebagai contoh, akhlak yang dipamerkan oleh RASULULLAH SAW sendiri yang sehinggakan mampu menarik hati masayarat zaman dahulu untyuk memeluk islam.. asas nya adalah akhlak.. 

2. Mengelakkan daripada terjerumusnya dalam kencah kehinaan.

-Kehidupan yang tidak berlandaskan akhlak akan terganggu.. maksudnya.. bila akhlak tidak lagi dijadikan garispanduan, maka hawa nafsu akan mengambil tempat dan menjadi kiblat utama pada manusia andai MASIH TERLENA..maka terjadilah kes2 yang menggadaikan kesihatan sendiri serta maksiat dan zina yang berleluasa kerana hilangnya akhlak dalam kehidupan seharian...

3. Menjadi instrument dakwah yang berkesan bagi menyebarluaskan  keindahan Islam kepada masyarakat.
-Melalui akhlak yang CANTIK.. mampu menarik perhatian orang yang melihat.. terutamanya mampu menarik NON MUSLIM utk mendekati Islam dengan mudah.. sebagai contoh, akhlak Rasulullah yang terpamer indah, membuatkan ramai yang terpukau dengan keperibadiannya.. akhirnya ramai yang memeluk islam dan mengenali islam dengan lebih mendalam.

4.Melahirkan masyarakat yang mempunyai produktiviti professional.
-Prinsip Islam menekankan soal kejujuran, tanggungjawap, dan saling menghormati dan sebagainya.. hal ini mampu melahirkan masyrakat dan pemimpin yang berintegreti mantap dan nilai professional yang tinggi sekaligis menaikkan martabat islam ..

5. Menjadi Sumber Kepada rahmat Allah..
-Tidak lain tidak bukan kepentigan utama masyarakat yang berakhlak adalah mencapai KEREDHAAN ALLAH di dunia dan akhirat. hal ini selaras dengan forman Allah..:

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapu merek mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannyaa.." 

Surah Al-A'raaf: 96.

"Hiasi peribadai dengan akhlak yang mulia..."

wallahualam.. salam perkongsian buat sahabat2...

Saturday, 10 March 2012

42. MABIT- Malam Bina Iman dan Taqwa..


Bismillahirrahmanirrahim... pertama dan selamanya sykur kehadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan untuk ana mencoretkan sesuatu di ruangan Blog tersayang Keindahan Asrar, alhmdulillah sudah hampir dua tahun usia blog ini.. jika bayi yang berusia 2 tahun, pastinya sudah pandai bercakap, merangkak dan sebagainya yang selayaknya buat seusia 2 tahun.

Alhamdulillah.. jadi hari ini tajuk ana adalah MABIT.. apa itu Mabit? Menyabitkah? Rabbit kah? Pasti pelbagai persepsi yang akan tercungkil dari benak2 kita tentang apa itu MABIT bagi mereka2 yang kurang biasa dan tak pernha dengar apa itu MABIT.. sama lah macam ana.. 

M.A.B.I.T... Malam Bina Iman dan Taqwa.. itulah nama yang diberi dan cuba di imarahkan di setiap penjuru universiti dan tempat2 yang sewaktu dengannya kini.. indah rupanya Mabit itu.. yang memberi pesan dan peringatan pada diri, iman dan taqwa kita yang kadang2 ter 'LENA' DEK 'TIDUR'  yang lama.. apa maksud tidur lama? 

TIDUR yang ana maksudkan adalah, diri yang kurang terlibat dan kurang menghadiri kuliah2 agama atau kelas2 ceramah.. kadang2 bukan kehendak kita untuk tidak menghadirinya, tapi kesibukan menguruskan kisah dunia ini menjadikan batasan kita terhad. tapi hati sentiasa merindukan suasana TARBIYAH ISLAMIAH.. bukan apa, bimbang hati jadi hitam saat mana kita terlalu lama tidak menghadiri atau mendengar serta pesan pada diri.. jadi sebab itulah ana kira Mabit ini mula diimarahkan.. 

apa yang ada pada MABIT? 
1. DISKUSI(slot perkongsian)
2. Qiamulail
3. Riadah
Tak rugi kita memberi ruang dan sedikit waktu untuk meghadirkan diri ke majlis2 ilmu.. sesungguhnya ilmu itu bagaikan mutiara, yang bercahaya, namun harus digilap setiap waktu, kerana jika tidak, malaplah permata itu.. nak gilap dengan apa ye permata tu? jawapannya:

Gilaplah dengan ilmu yang ada dengan istiqomah.. sedikit2 lama2 jadi bukit...

Moga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat...

Hidupkan malam2 harimu dengan TAHAJJUD ..

Teringat kata2 seorang insan yang disayangi kerana Allah, "Waktu seorang wanita yang didengar doanya oleh Allah adalah sepertiga malam, bangun menunaikan TAHAJJUD..-qiamulail..- aib bagi wanita tidur lewat jika tanpa urusan.."

~Buat Renungan bersama...wallahualam.. andai ada kesilapan, mohon ditegur dengan HIKMAH...~

~Keindahan Asrar.. Milik-Nya...~

Friday, 9 March 2012

41. Sayangi ISTERI anda....




Assalamualaikum sahabat2 semua. lama sudah tidak mengemas kini blog ini.. banyak yang bersepah2.. cuma berkesempatan mencoretkan sesuatu di sini,,, tentang tajuk kita pada hari ini... SAYANGI ISTERI KITA.. untuk mengetahuan sahabat. pemilik blog ini adalah wanita.. buakn lelaki. tapi nak kongsi dan pesan2 supaya sayangilah isteri anda wahai si suami ...

Kenapa kena sayang? persoalan itu bangkit..

Jawapannya adalah, kerana Isteri anda adalah AMANAH yang Allah berikan.. teringat sesuatu yang diperkatakan oleh salah satu imam pada murid2nya

"Apakah yang paling berat di dunia untuk dipikul?"
semua jawpan yang anak muridnya berikan tidak dikatakan salah.. namun hanya kurang tepat..
apakah jawpan beliau?

jawpannnya adalah.. "Amanah"

jadi bila sebut tentang amanah. ISTERI juga adalah salah satu amanah yang Allah berikan... sayangilah isteri anada sebgai mana anda sayangkan diri anda.. kerana merekalah yang mengandungkan anak2 dari benih kalian, menanggung sakit dan lenguh2 9 bulan 10 hari, melahirkan, menjaga dan mendidik anak2 kalian semampu mereka..

jangan biarkan mereka sendiri dalam menlaksanakan tanggungjawap itu... kerana kadang2 diam mereka kerana mahu menjaga hati suami tercinta meski jiwa terpaksa menelan sedih. bila mana merenung wajah suami tercinta, hati mereka menjadi tenang, bahagia, dan kembalim urat2 yang sakit dan gelisah tadi terungkai, bila mana suami tercinta mula memberi kasih sayang dan perhatian serta bersama2 melaksanakan tanggungjwap...

"Give and Take,,, not Take only..."

Allah mengetahui segala niat di hati..

moga dipermudahkan segala urusan.....