Friday, 16 March 2012

43. Kepentingan AKHLAK Islamiyyah.




Bismillahirrahmanirrahim.. syukur kehadrat illahi kerana setelah sekian lama tidak menjengah2 laman blog KEINDAHAN ASRAR ini atas kesibukan dan internet yang sering buat masalah... namun insyAllah hikmah Allah lebih mengetahuinya.. pertama dan selamanya syukur kehadrat Illahi masih ada peluang dan umur yang bersisa untuk mencoretkan sesuatu di sini..

"Teguhnya suatu umat itu adalh kerana akhlaknya, sekiranya hilang akhlaknya, maka hilanglah umat tersebut" -Antara perpatah2 Arab.

Apakah kepentingan akhlak yang sering ditekankan dalam Islam?

1. Melahirkan umat yang bertamadun dan dihormati..

-Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama. sebagai contoh, akhlak yang dipamerkan oleh RASULULLAH SAW sendiri yang sehinggakan mampu menarik hati masayarat zaman dahulu untyuk memeluk islam.. asas nya adalah akhlak.. 

2. Mengelakkan daripada terjerumusnya dalam kencah kehinaan.

-Kehidupan yang tidak berlandaskan akhlak akan terganggu.. maksudnya.. bila akhlak tidak lagi dijadikan garispanduan, maka hawa nafsu akan mengambil tempat dan menjadi kiblat utama pada manusia andai MASIH TERLENA..maka terjadilah kes2 yang menggadaikan kesihatan sendiri serta maksiat dan zina yang berleluasa kerana hilangnya akhlak dalam kehidupan seharian...

3. Menjadi instrument dakwah yang berkesan bagi menyebarluaskan  keindahan Islam kepada masyarakat.
-Melalui akhlak yang CANTIK.. mampu menarik perhatian orang yang melihat.. terutamanya mampu menarik NON MUSLIM utk mendekati Islam dengan mudah.. sebagai contoh, akhlak Rasulullah yang terpamer indah, membuatkan ramai yang terpukau dengan keperibadiannya.. akhirnya ramai yang memeluk islam dan mengenali islam dengan lebih mendalam.

4.Melahirkan masyarakat yang mempunyai produktiviti professional.
-Prinsip Islam menekankan soal kejujuran, tanggungjawap, dan saling menghormati dan sebagainya.. hal ini mampu melahirkan masyrakat dan pemimpin yang berintegreti mantap dan nilai professional yang tinggi sekaligis menaikkan martabat islam ..

5. Menjadi Sumber Kepada rahmat Allah..
-Tidak lain tidak bukan kepentigan utama masyarakat yang berakhlak adalah mencapai KEREDHAAN ALLAH di dunia dan akhirat. hal ini selaras dengan forman Allah..:

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapu merek mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannyaa.." 

Surah Al-A'raaf: 96.

"Hiasi peribadai dengan akhlak yang mulia..."

wallahualam.. salam perkongsian buat sahabat2...

Saturday, 10 March 2012

42. MABIT- Malam Bina Iman dan Taqwa..


Bismillahirrahmanirrahim... pertama dan selamanya sykur kehadrat Illahi kerana masih memberi kesempatan untuk ana mencoretkan sesuatu di ruangan Blog tersayang Keindahan Asrar, alhmdulillah sudah hampir dua tahun usia blog ini.. jika bayi yang berusia 2 tahun, pastinya sudah pandai bercakap, merangkak dan sebagainya yang selayaknya buat seusia 2 tahun.

Alhamdulillah.. jadi hari ini tajuk ana adalah MABIT.. apa itu Mabit? Menyabitkah? Rabbit kah? Pasti pelbagai persepsi yang akan tercungkil dari benak2 kita tentang apa itu MABIT bagi mereka2 yang kurang biasa dan tak pernha dengar apa itu MABIT.. sama lah macam ana.. 

M.A.B.I.T... Malam Bina Iman dan Taqwa.. itulah nama yang diberi dan cuba di imarahkan di setiap penjuru universiti dan tempat2 yang sewaktu dengannya kini.. indah rupanya Mabit itu.. yang memberi pesan dan peringatan pada diri, iman dan taqwa kita yang kadang2 ter 'LENA' DEK 'TIDUR'  yang lama.. apa maksud tidur lama? 

TIDUR yang ana maksudkan adalah, diri yang kurang terlibat dan kurang menghadiri kuliah2 agama atau kelas2 ceramah.. kadang2 bukan kehendak kita untuk tidak menghadirinya, tapi kesibukan menguruskan kisah dunia ini menjadikan batasan kita terhad. tapi hati sentiasa merindukan suasana TARBIYAH ISLAMIAH.. bukan apa, bimbang hati jadi hitam saat mana kita terlalu lama tidak menghadiri atau mendengar serta pesan pada diri.. jadi sebab itulah ana kira Mabit ini mula diimarahkan.. 

apa yang ada pada MABIT? 
1. DISKUSI(slot perkongsian)
2. Qiamulail
3. Riadah
Tak rugi kita memberi ruang dan sedikit waktu untuk meghadirkan diri ke majlis2 ilmu.. sesungguhnya ilmu itu bagaikan mutiara, yang bercahaya, namun harus digilap setiap waktu, kerana jika tidak, malaplah permata itu.. nak gilap dengan apa ye permata tu? jawapannya:

Gilaplah dengan ilmu yang ada dengan istiqomah.. sedikit2 lama2 jadi bukit...

Moga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat...

Hidupkan malam2 harimu dengan TAHAJJUD ..

Teringat kata2 seorang insan yang disayangi kerana Allah, "Waktu seorang wanita yang didengar doanya oleh Allah adalah sepertiga malam, bangun menunaikan TAHAJJUD..-qiamulail..- aib bagi wanita tidur lewat jika tanpa urusan.."

~Buat Renungan bersama...wallahualam.. andai ada kesilapan, mohon ditegur dengan HIKMAH...~

~Keindahan Asrar.. Milik-Nya...~

Friday, 9 March 2012

41. Sayangi ISTERI anda....




Assalamualaikum sahabat2 semua. lama sudah tidak mengemas kini blog ini.. banyak yang bersepah2.. cuma berkesempatan mencoretkan sesuatu di sini,,, tentang tajuk kita pada hari ini... SAYANGI ISTERI KITA.. untuk mengetahuan sahabat. pemilik blog ini adalah wanita.. buakn lelaki. tapi nak kongsi dan pesan2 supaya sayangilah isteri anda wahai si suami ...

Kenapa kena sayang? persoalan itu bangkit..

Jawapannya adalah, kerana Isteri anda adalah AMANAH yang Allah berikan.. teringat sesuatu yang diperkatakan oleh salah satu imam pada murid2nya

"Apakah yang paling berat di dunia untuk dipikul?"
semua jawpan yang anak muridnya berikan tidak dikatakan salah.. namun hanya kurang tepat..
apakah jawpan beliau?

jawpannnya adalah.. "Amanah"

jadi bila sebut tentang amanah. ISTERI juga adalah salah satu amanah yang Allah berikan... sayangilah isteri anada sebgai mana anda sayangkan diri anda.. kerana merekalah yang mengandungkan anak2 dari benih kalian, menanggung sakit dan lenguh2 9 bulan 10 hari, melahirkan, menjaga dan mendidik anak2 kalian semampu mereka..

jangan biarkan mereka sendiri dalam menlaksanakan tanggungjawap itu... kerana kadang2 diam mereka kerana mahu menjaga hati suami tercinta meski jiwa terpaksa menelan sedih. bila mana merenung wajah suami tercinta, hati mereka menjadi tenang, bahagia, dan kembalim urat2 yang sakit dan gelisah tadi terungkai, bila mana suami tercinta mula memberi kasih sayang dan perhatian serta bersama2 melaksanakan tanggungjwap...

"Give and Take,,, not Take only..."

Allah mengetahui segala niat di hati..

moga dipermudahkan segala urusan.....

Friday, 17 February 2012

40. Say "NO!" to Couple before NIKAH....

»» Sebab Apa Orang Cakap Single Best ?? ««

••► Tak rugi duit untuk topup . ✔
••► Tak pyh kluar duit nk blnja kekasih. baik blanja family makan. ✔
••► Malam2 tak pyh text & call sampai tertido .boleh tido terus . ✔
••► Tak kena berleter itu ini itu ini bla bla bla. ✔
••► Takde org ganggu tgh tido dgn bunyi henpon. ✔
••► Takde org nk jeles. ✔
••► Duit sentiasa ada. ✔
••► Hati tak sakit. ✔
••► Tak pyh kluarkn airmta. ✔
••► Tak perlu membuat lap0ran. bebas kemana2. ✔
••► Bebas bekawan. ✔
••► Tak payah nk pening2 pikir tentang kekasih. ✔
••► Tak payah berkepit dgn nset 24 jam. ✔
••► Boleh guna nset yg murah2. Tak perlu ada walpaper. ✔
••► Boleh buat apa yg kita nk tnpa dilarang/diteg0 xcept family yg larang ! ✔

--kopi & pasta--
Yang Paling Utama
••► Dapat hindarkan diri dari maksiat ✔
 
 
Says"NO!" couple before NIKAH~~
  Renung-renungkan dan selamat beramal.....Pelihara hati secantiknya....Zikirlah sebanyak2nya agar hati bertambah cantik..^_^

Monday, 13 February 2012

39.Reality bukan Maya....



Berpijak pada bumi, tika kaki menjamah kerikil, nah! tertusuk duri, sakit!! Rasakan kini, dirimu bukan dalam Maya atau angan2 semata, tetapi dirimu kini di alam Realiti... 

Kenapa mahu menoleh kenangan ngeri semalam jika hari ini adalah hari terindah yang Allah hadiahkan buat kita? menangis sepuasnya pada malam2 yang dingin kerana takut pada AZAB ALLAH...

usia tak mengenal siap kita, TUA atau MUDA juga tak terlihat pada WAJAH seseorang namun ukuran itu jelas pada jiwa dan hati seseorang untuk dinilai..

TIPS AWET MUDA: 
1. Zikrullah yang tak lekang dari bibir..Antara zikir yang Allah suka

"SubahanAllah walhamdulillah wala ila haillallah wallahuakhabar."

2. Sucikan wajah dengan WUDUK yang tak lekang.. keindahan wuduk menyimbah cahaya ketenangan..

3. Sentiasa senyum seikhlasnya.. SENYUM ITU INDAH DAN SENYUMAN ITU KEINDAHAN YANG TIADA TARA...

4. Perbanyakkan membaca Alquran supaya hati menjadi tenang..

5. Yakin Allah yang memberi dan Allah jua berhak mengambil kurniaan Nya itu.. cantik tak kan kekal kerana itu adalah keindahan sementara.. nilaian mata manusia cantik itu adalah muda yang terpancar pada wajah dan huduh adalah kedut yang terlakar pada wajah.. masyAllah.. jadi Cantik, Tua, Muda atau USIA, bagaimana nak beza dan samakan? Fikir2kan..

Pesanan..: Allah tahu segalanya.. Dont judge abook by it cover... -itu kata2 dari seorang yang berilmu pada ana dan sahabat2..-
wallahualam... salam beramal.....

Wednesday, 8 February 2012

38. Lirik Lagu BISIKAN MALAM..




BISIKAN MALAM....
Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan



P/S: Perhatikan dan hayatan lirik lagi pada blog ini. sangat menyentuh hati.. moga memberi manfaat.. wlaupun mungkin orang akan kata dah 'lapuklah lagu blog awak', 'tak up-to-date la lagu blog ni' dan bermacam2 lagi. tapi bagi ana ini adalah apa yang ana bawa untuk semua.insyAllah punya maksus yang mendalam.. jom semak2 diri....

:)

Thursday, 2 February 2012

37. Rasulullah Kami rindu pada mu...

Raihan
Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu



 Lagu ini menyentuh qalbu...bila mendengar dan menghayati.. kerinduan pada Rasulullah SAW mula mejengah.. 
kisah2 nabi mula menyegar dalam ingatan.. subhanAllah.. terkadang baru tersedar Cinta pada Rasulullah pada ummat iaitu kita umat terkini.. 


tertanya pada fikiran, bagaimana pulakah cinta kita pada Baginda? kukuhkah ke? masyAllah.. mari kita sama2 semak diri kita...






nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)